Followers

Tuesday, June 11, 2013

Rafizi Dakwa DBKL Tunduk Tekanan Politik Umno-BN

 
rafizi perhimpunan

SHAH ALAM 11 JUN : Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak memberikan jawapan jelas mengenai penggunaan Padang Merbok pada 23 Jun depan didakwa kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno-BN.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, acara pada 23 Jun tidak melibatkan Padang Merbok dengan bermula dan berakhir di Dataran Merdeka, maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun.

Katanya, Sekretariat Pakatan mendapat makluman bahawa DBKL menolak permohonan menggunakan padang itu melalui surat yang difakskan.

“Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun, tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun.

“Apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu,” kata Rafizi dalam kenyataan medianya.

route
Katanya, sebelum ini alasan permohonan itu ditolak bahawa Padang Merbok diperlukan pada 22 Jun sebagai persiapan kepada satu acara yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada keesokan harinya iaitu 23 Jun.

Ujarnya, pendirian pimpinan Umno-BN bahawa perhimpunan aman hanya boleh diadakan di tempat tertutup seperti stadium adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan hak berhimpun secara aman di semua tempat-tempat awam.

olympiccouncilfbJika pendirian pimpinan Umno-BN ini digunapakai, maka tidak ada majlis atau acara yang boleh dibuat di tempat terbuka dan akta itu perlulah ditukar namanya menjadi ‘Akta Perhimpunan Aman Dalam Stadium Sahaja’.

“Alasan bahawa perhimpunan akan menyebabkan kesesakan jalan raya tidak boleh dipakai kerana Larian Olimpik McDonald akan menyebabkan jalan-jalan ditutup di sekitar kawasan.

“Jika pihak berkuasa boleh menutup jalan untuk mempermudahkan larian itu, saya pasti pihak berkuasa juga boleh menutup jalan untuk perhimpunan aman #black505 pada 22 Jun,” kata Rafizi.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.