
Mahathir dalam tulisan di blog chedet.cc itu seterusnya membuat kesimpulan bahawa perhimpunan berkenaan secara umumnya merupakan isu melibatkan orang Cina.
Beliau
juga meramalkan bahawa perkembangan itu akan menyebabkan polarisasi
kaum yang lebih serius manakala orang Melayu akan terus disisih dari
segi ekonomi dan politik.“Di dalam dan di luar negara, pemuda Cina memakai baju hitam dan bertopeng membentuk sebahagian besar daripada peserta demonstrasi. Biasanya, orang Melayu yang menjadi majoriti peserta demonstrasi,” katanya.
Katanya, jumlah orang Melayu yang sedikit di perhimpunan ini juga boleh dikaitkan dengan “keterasingan” pemimpin PAS dengan demonstrasi tersebut, yang didakwanya sebagai usaha menumbangkan kerajaan dengan cara “Arap Spring”.
Beliau
juga mendakwa PAS paling banyak tewas dalam pilihan raya umum lalu
manakala DAP merupakan pemenang paling besar dengan kejayaah
“memusnahkan kerjasama di antara pelbagai kaum seperti ditunjukkan dalam
gabungan BN”.“Pakatan ini jelas memberi keuntungan paling besar kepada cauvinis Cina dalam DAP, manakala PAS, Melayu paling ramai dalam parti Pakatan mendapat keuntungan paling sedikit, dengan memenangi hanya 21 kerusi berbanding 38 kerusi DAP dan 30 dari PKR,” katanya.
Sedangkan, jumlah kerusi yang ditandingi PAS paling banyak, katanya.
Ini menunjukkan bahawa DAP berusaha untuk membolehkan golongan Cina yang “sudahpun menguasai ekonomi” untuk turut menguasai politik Malaysia, katanya.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.