“GESAAN DIWUJUDKAN SATU SURUHANJAYA BEBAS POSTMORTEM BAGI MENYIASAT PERJALANAN PROSES PILIHANRAYA UMUM KE 13”
7 Jun 2013 / 28 Rejab 1434 H
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengulangi kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang baru sahaja berakhir itu diadakan dalam keadaan penuh keraguan dan kelemahan proses yang paling ketara dalam sejarah pilihan raya negara Malaysia.
Berbagai persoalan timbul dari proses
sebelum dan semasa pilihanraya, termasuklah sistem demokrasi yang
jelasnya tidak berlaku adil kepada Pakatan Rakyat dari aspek penggunaan
media cetak dan elektronik arus perdana yang berkempen secara terbuka
bagi pihak Barisan Nasional.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membuat
cadangan supaya diadakan satu post mortem yang menyeluruh terhadap semua
aspek PRU13 ini.
Hakikatnya ialah semua pihak dari Pakatan Rakyat, NGO,
dan individu rakyat Malaysia, termasuklah dari parti Barisan Nasional
sendiri juga mengakui bahawa wujudnya banyak kelemahan yang boleh
diperbaiki dalam menguruskan PRU sebagai pelengkap kepada sistem
demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
Pihak kerajaan sendiri juga telah
membuat kenyataan supaya diletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di
bawah Parlimen, dan ini telah memberi gambaran bahawa kedudukan SPR
sekarang belum bebas sepenuhnya.
Tindakan untuk meletakkan SPR di bawah
Parlimen tidak mempunyai apa-apa erti sekiranya kita tidak tahu punca
permasalahan yang timbul.
Oleh itu PAS ingin menggesa pihak kerajaan
untuk mewujudkan satu Jawatan Kuasa Bebas atau satu Suruhan Jaya Bebas
Postmortem PRU13 yang boleh menyiasat secara terbuka dan telus bagi
mendapat maklumat kelemahan, salah laku, kepincangan dari semua pihak.
Hanya setelah kelemahan-kelemahan ini diketahu baharulah pembaikan
secara menyeluruh dapat dilakukan.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.