PKR
hari ini mendedahkan video yang menunjukkan Ahli Parlimen Bagan Datok,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954 dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu di sini.
Pengarah Strategi PKR,
Rafizi Ramli berkata daripada video itu, dua petisyen difailkan secara
berasingan untuk mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13) bagi kerusi itu sebagai tidak sah.
Petisyen berasingan itu
difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh pagi tadi oleh bekas calon
parlimen Bagan Datok, Madhi Hasan dan pengundi, Azmi Sulaiman.
Hadir sama Mahdi dan peguam bela , Edmund Bon Tai Soon.
Mereka turut menyiarkan tiga video yang berkaitan Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Dalam video terbabit,
pada 19 April menunjukkan bukti bahawa responden secara tidak langsung
melalui seseorang, S.Ramalingam memberikan wang tunai RM100 dan lima
kampit beras satu kilogram (KG) dengan logo cetakan Barisan Nasional
kepada 1,000 orang yang hadir di Dewan Sanmarka, Hutan Melintang.
Manakala dua video
lain Zahid mengakui melantik dan mengambil 24,000 orang jentera dengan
bayaran wang tunai dan pemberian beras.
” Video yang ditunjukkan itu jelas membuktikan bahawa responden melanggar kesalahan pilihan raya.
“Zahid merasakan beliau
pandai kononnya mengatakan memberikan duit kepada jentera, walhal undi
yang beliau dapat hanya 17,000, maknanya 7,000 undi lagi menunjukkan
jenteranya tidak mengundi beliau,” sindir Rafizi.
Rafizi menambah bukti-bukti itu sebenarnya menunjukkan bahawa Zahid membelanjakan lebih RM2 juta untuk memberi ‘gula-gula’ itu.
“Setakat hari ini,
PKR memfailkan 19 petisyen, kita akan berkongsi maklumat berkenaan
petisyen dari masa ke semasa. Bukti-bukti ini akan dibawa ke mahkamah,”
katanya.
Dalam PRU 13 lalu, Zahid
memenangi kerusi parlimen itu dengan undian sebanyak 17,176 sekaligus
menewaskan Madhi dengan majoriti 2,108.
Difahamkan petisyen itu akan juga akan dihantar kepada Zahid pada masa yang akan ditentukan kelak.
Kedahkini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.