Demo PJ: Chegubard diarah ke mahkamah
Aktivis NGO Badrul Hisham Shaharin disaman ke Mahkamah Majistret
Petaling Jaya esok bagi menjawab pertuduhan terhadapnya bawah Akta
Perhimpunan Aman 2012 ekoran penganjuran perhimpunan mempertikaikan
keputusan pilihan raya Black 505 di Petaling Jaya pada 25 Mei lalu.
Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu dituduh kerana gagal memaklumkan kepada pihak polis sepuluh hari lebih awal, seperti disyaratkan dalam akta itu.
Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard dituduh
bawah Seksyen 9 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih
daripada RM10,000. ~ Malaysiakini

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.