Followers

Tuesday, June 11, 2013

Bahaya Virus Zeus sedang menyerang akaun-akaun facebook di seluruh dunia Written By canang

 

Menurut informasi berita terbaru. Virus Zeus kini sedang menyerang akaun-akaun facebook di seluruh dunia dalam beberapa hari ini. Virus ini sedang diberi perhatian kerana keboleh upayaannya untuk

membuat pindah milik wang anda di dalam akaun bank terutamanya yang mempunyai perbankan internet dan tahap keselamatannya kurang.

Kalau anda perasan, beberapa hari ini anda ada/akan mendapat mesej dari kawan anda yang menghantar link donwload dari pelayar 'mediafire.com'. 
Sebenarnya bukan mereka yang berbuat demikian, tetapi mungkin antara virus tersebut.

Untuk keselamatan.


1 - Kemaskini setting security akaun anda.

 
2 - Jangan klik pada pautan/link yang tidak dikenali walaupun sifat ingin tahu anda tinggi.

 
3 - Jangan biarkan akaun internet banking anda sedang login semasa melayari facebook. Minimumkan keadaan ini jika tidak dapat elakkan.


Penjenayah sekarang licik menjadikan Facebook sebagai lubuk duit haram. Walaupun sebenarnya banyak cara halal untuk jana duit di Facebook.



Cananglahnie.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.