Dalam
tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com semalam, beliau berkata usaha
Najib untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin popular menyebabkan
perdana menteri itu dilihat sebagai seorang yang meniru orang lain dan
bukannya seorang pemimpin.
Katanya,
beliau juga melihat Umno dalam keadaan "panik" apabila timbul cadangan
untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti tunggal.
"Sesuatu
cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam
keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO
berada dalam keadaan panik.
"Jika
mahu uji pandangan akar umbi pun bukanlah masa sekarang ini," tulis
Zainuddin yang juga pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.
Beliau
mengkritik pengedaran kain rentang 'I love PM' pada kempen pilihan raya
umum ke-13 yang menurutnya mungkin diilhamkan oleh penasihat Najib.
Katanya,
tindakan tersebut hanyalah untuk menunjukkan kepada Najib bahawa
pengerusi BN itu telah mendapat sokongan khususnya daripada masyarakat
Cina di Malaysia.
Sikap yang ditunjukkan oleh golongan pengundi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu adalah sebaliknya.
Dalam
tulisan itu, Zainuddin berkata Najib ditonjolkan sebagai pemimpin yang
hidup seperti rakyat biasaa dan sanggup makan dan minum bersama rakyat
antaranya di gerai, kafe dan gerai mamak.
"Penasihatnya
berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari
keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat
adalah 'luar biasa' kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib
di tempat-tempat begini.
"Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan," kata Zainuddin.
"Kata
mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim adalah clown
(lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya, Najib adalah imitator.
Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah
penasihat yang patut disingkirkan."
Zainuddin
berkata beliau menerima kiriman SMS daripada seorang kawan dalam dunia
korporat yang mendakwa tindakan menunjukkan kain rentang 'I Love PM'
adalah "menjijikan" dan meminta Najib berhenti bersikap seperti pemimpin
mahasiswa.
Zam yang
juga karyawan tamu Universiti Utara Malaysia berkata sepatutnya Najib
sedar negara ini masih belum keluar dari keruncingan politik dengan
cabaran daripada "raja lawak dan kepala cauvanisme Cina" yang tidak
dinamakannya.
"Negara
belum keluar dari keruncingan politik; keselamatan diancam oleh
communist surrogate, tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju hitam
cemarkan pilihan raya yang sah, berbagai laporan palsu polis dibuat;
blackout, dakwat padam," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.