Followers

Wednesday, May 1, 2013

Warga PDRM Kecewa Waktu Mengundi Singkat

 


Saya antara warga PDRM di kawasan Parlimen Permatang Pauh berasa kecewa kerana waktu bagi pengundian kawasan Dun Penanti yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah, Seberang Perai Tengah semalam terlalu singkat dan tidak mencukupi.

Ini kerana ianya hanya dijalankan bermula jam 7 pagi sehingga jam 12 tengahari sahaja, manakala bagi lain-lain Dun kawasan Parlimen Permatang Pauh sehingga jam 7 petang.

Saya kasihan melihat rakan-rakan setugas yang lain yang habis bertugas lewat pada malam semalam sehingga pagi juga ada, tetapi perlu hadir untuk mengundi sehingga jam 12 tengahari sahaja bagi Dun Penanti seperti yang diarahkan, dan jika anggota tersebut tidak hadir mengundi, akan dikenakan tindakan tatatertib.

Bagi saya tidak salah jika pihak IPD Seberang Perai Tengah menyeragamkan masa mengundi bagi semua Dun bermula jam 7 pagi sehingga jam 7 petang, sekurang-kurangnya kebajikan anggota PDRM dijaga dan rehat mencukupi.
Mereka juga mempunyai anak isteri dan tidak rugi jika masa mengundi tersebut dilakukan serentak.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.