Ko Orang Tak Kesian Ker Tengok Chameleon Ni?
Ada lagi rupanya dia ni
Ingatkan dah terlupus terus
Hari dia bersuara supaya orang tahu yang dia masih wujud
Takkan tadak siapa pun mengambil kira dan mendapatkan nasihat dari dia?
Tak ker kesian, dahlah terpinggir dalam PRU13 ni
Tersisih dan dilupakan pula....
Nasiblah ada juga akhbar yang membuka ruang dia merapu
Takkanlah BN tak bagi langsung peluang dia bercakap di atas pentas BN?
Kan dia juga banyak jasanya kepada BN?
Sayangnya dia tak sedar yang taringnya sendiri tercabut sebabkan banyak merapu...
Ingatkan dah terlupus terus
Hari dia bersuara supaya orang tahu yang dia masih wujud
Takkan tadak siapa pun mengambil kira dan mendapatkan nasihat dari dia?
Tak ker kesian, dahlah terpinggir dalam PRU13 ni
Tersisih dan dilupakan pula....
Nasiblah ada juga akhbar yang membuka ruang dia merapu
Takkanlah BN tak bagi langsung peluang dia bercakap di atas pentas BN?
Kan dia juga banyak jasanya kepada BN?
Sayangnya dia tak sedar yang taringnya sendiri tercabut sebabkan banyak merapu...
Rabu Mei 1, 2013
PAS Hilang Taring Angkara Campur Tangan Anwar - Hasan Ali
SHAH ALAM:
PAS kini kehilangan taring dalam arena politik negara angkara campur
tangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam urusan dan dasar
parti itu dalam pelbagai isu, terutama yang melibatkan agama Islam dan
orang Melayu, kata Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali.
Beliau
berkata lebih memburukkan keadaan ialah sikap Anwar yang mahu campur
tangan dalam setiap keputusan dibuat pemimpin parti itu, terutama
Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sehingga menimbulkan
perasaan kurang senang dalam kalangan akar umbi parti itu.
"Apabila
Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan dasar 'A' tentang sesuatu perkara,
memang tiada siapa yang boleh mengubah ia menjadi 'B', namun bila Anwar
jumpa beliau, dasar itu jadilah 'A minus'," katanya kepada Bernama.
Hasan
berkata campur tangan Anwar itu telah membuatkan PAS menjadi parti yang
semakin lemah antara parti dalam pakatan pembangkang, yang akhirnya
menjadi parti 'penyendal' berbanding parti yang utuh dan gagah
memperjuangkan Islam ketika bersendirian.
Katanya
kelemahan PAS itu jelas terbukti apabila PAS kini telah terkeluar
daripada landasan asal memperjuangkan Islam yang menjadi tunjang
kekuatannya yang menjadi semakin buruk akibat dipengaruhi DAP dalam
pakatan itu.
Mengulas
tentang perasaan kurang senang akar umbi PAS terhadap campur tangan
itu, Hasan berkata bukti nyata tentang 'retaliation' (tindak balas) itu
boleh dilihat apabila akar umbi PAS sendiri menyuarakan kemahuan supaya
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri,
bukannya Anwar.
Beliau
berkata golongan ulama dalam PAS terutama Dewan Ulama PAS pusat telah
menyatakan pendirian cukup tegas dalam beberapa isu yang cuba
dipengaruhi pakatan pembangkang diketuai Anwar, termasuk isu hudud dan
kalimah Allah.
Katanya
akar umbi PAS, terutama golongan muda seperti bekas Timbalan Presiden
PAS Nasharuddin Mat Isa, kini tidak boleh berdiam diri dan menerima
perjuangan PAS yang telah ditarik keluar landasan oleh Anwar.
"Dulu
ramai penyokong tegar yang hanya terima bulat-bulat apa diputuskan
pemimpin, tetapi sekarang semakin ramai yang 'tarik brek', terutama
golongan muda. Akar umbi bangun menyatakan pendapat menentang campur
tangan Anwar dan mahu PAS kembali ke landasan asal.
"Akar
umbi PAS juga sekarang tidak boleh duduk berdiam diri dan membiarkan
golongan parasit 'pro-Anwar' terus berleluasa," katanya.
Sementara
itu, Felo Utama, Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia
Prof Dr Mansor Mohd Noor bersetuju terhadap pendapat Hasan bertapa PAS
kini sudah terkeluar daripada landasan perjuangan Islam sebenar akibat
kerjasama dengan PKR dan DAP.
Beliau
berkata Islam yang ditonjolkan PAS dalam pakatan pembangkang itu tidak
menonjolkan agama Islam yang amat rapat dengan kehidupan masyarakat
Malaysia yang mempunyai pelbagai latar belakang.
"Dia
(PAS) timbulkan Islam untuk satu kumpulan) sahaja. Islam ini universal
dan PAS gagal menunjukkan Islam itu sebagai sebuah ketamadunan hebat dan
sebuah sistem kehidupan yang menjamin kesejahteraan, bukan sahaja
kepada penganutnya, malah masyarakat di sekeliling.
"Pengaruh
DAP terhadap PAS dalam pembangkang lebih memburukkan perkara ini,
perjuangan Islam itu sudah hilang keasliannya," katanya. - mStar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.