Followers

Wednesday, May 1, 2013

[VIDEO] Lagi Kes-kes Dakwat Kekal Hilang Apabila Dibasuh...

 


Dakwat jari pengundi awal boleh hilang

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan hari ini mendedahkan bahawa dakwat yang dicalit pada jari pengundi awal iaitu anggota tentera boleh dicuci dan hilang selepas lebih kurang 20 minit mengundi.

Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Mohamad Hassan Tamby yang menghubungi FMT sebentar tadi berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar bahawa dakwat yang dicalit di jari seorang anggota tentera di sebuah kem tentera di Telok Kemang, telah hilang apabila dicuci, hanya selepas 20 minit anggota tentera itu selesai mengundi.

Dakwat tersebut berwarna ungu/pink (purple with pinkish).

“Pagi tadi calon-calon telah pergi ke tempat mengundi awal di Telok Kemang untuk memantau proses mengundi awal dan ianya berjalan lancar.

“Lebih kurang pukul 9.30 pagi ada di antara kumpulan pengundi awal (first batch) sudah selesai mengundi dan keluar dari pusat mengundi.

“Secara tak sengaja calon kita telah terjumpa dengan seorang anggota tentera yang baru sahaja bersihkan tangan dengan mencuci tangan di sinki dan didapati dakwat yang dicalit pada jari beliau sebelum mengundi telah hilang.

“Kita sengaja mengambil foto menampakkan badan dia untuk menampakkan pakaian seragam tentera beliau.

“Di dalam kem tentera itu sahaja calon kita berjaya mengesan dua kes dakwat yang dicalit di jari hilang atau boleh dibasuh.



“Kalau dakwat yang hilang dalam 10 peratus masih tidak mengapa, tetapi daripada kes yang kami lihat, boleh dikatakan 95 peratus dakwat sudah hilang dan seolah-olah seperti tiada lagi kesan dakwat pada jari anggota tentera itu.

“Saya juga mendapat satu panggilan daripada sebuah nombor telefon yang tidak dikenali (private number) yang mana beliau mengaku sebagai anggota tentera, turut mendakwa dakwat di jari beliau sudah separuh hilang lebih kurang tiga jam selepas beliau mengundi.

Invividu tersebut mendakwa beliau mencuci tangannya sebelum makan tengahari,” jelas Mohamad Hassan.

Mohamad Hassan kini mempertikaikan ketelusan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam isu dakwat yang dicalit di jari mudah hilng apabila dibasuh atau terkena air.

“Ini bermakna Pakatan Rakyat sebelum ini yang bimbang dakwat jari akan hilang selepas tiga hari terbukti benar, kerana bukan tiga hari, tetapi dalam masa beberapa jam sahaja dakwat sudah hilang.

“Sedangkan SPR sebelum ini memberi jaminan dakwat di jari akan bertahan selama seminggu.

Malah SPR pada mulanya pernah berkata pengundian awal akan diadakan tiga hari sebelum tarikh mengundi, kini telah mengadakan pengundian awal lima hari sebelum tarikh mengundi.

“Apakah ini perancangan pihak tertentu termasuk SPR untuk menggagalkan kebangkitan rakyat menyokong Pakatan Rakyat?

“SPR harus memberi penjelasan berhubung perkara ini agar rakyat tidak meragui kredibiliti dan ketelusan SPR,” kata Mohamad Hassan. -FMT




Dakwat kekal hilang, surirumah buat laporan polis



KLUANG: Ekoraan, dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.




Dakwat kekal... tidak kekal



Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.

Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.

Seorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.

"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.

"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.

Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusog ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat.

"Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya.
-mk





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Post a Comment