PETALING JAYA:
Menjelang hari mengundi esok, Tengku Razaleigh Hamzah yang bertanding
mempertahankan kerusi parlimen Gua Musang didakwa sebagai penderhaka
kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Presiden
Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al-Muhamadi, Tengku Ibrahim
Farihadin Tengku Faissal menyatakan perkara ini dalam satu majlis di Gua
Musang, Khamis lalu.
Sultan Kelantan turut berangkat hadir di majlis tersebut.
Selain dianggap penderhaka kerana berusaha menghalang Sultan Muhammad, Ku Li juga dituduh mengakui sebagai Raja Kelantan.
“Bos set (kumpulan) derhaka ialah Ku Li. Macam mana Ku Li boleh mengaku Raja, dari dulu lagi mengaku anak Raja.
“Tadak (tidak ada) keturunan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Raja.
“(Dia)
tak boleh jadi Raja walau seinci tanah di negeri Kelantan ini. Sultan
dah tarik darjah kebesaran pada 2 Disember 2010,” katanya dalam majlis
tersebut seperti dimuatkan dalam YouTube.
Dalam
ucapannya itu, Tengku Ibrahim juga mendakwa, Ku Li menggunakan pelbagai
cara termasuk mahkamah, Majlis Raja-raja, kerajaan pusat dan kerajaan
negeri Kelantan untuk menghalang Sultan Muhammad menjadi Sultan
Kelantan.
Beliau juga meminta pengundi Gua Musang menolak Tengku Razaleigh.
Bagaimanapun, menurutnya usaha Ku Li gagal kerana semua pihak itu menerima perlantikan Sultan Muhammad adalah sah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.