Hassan Jati secara terbuka berceramah MEMFITNAH, konon YB Azmin Berkongsi Isteri - Apa kah manusia begini layak untuk membuat sebarang komen tentang pentadbiran
di Selangor?
Beri peluang Pas teraju Selangor - Dr Hasan Ali
SHAH ALAM -
Kejayaan Pas menambah penguasaan kerusi dewan undangan negeri (DUN)
Selangor daripada lapan kepada 15 pada pilihan raya umum ke-13 semalam,
membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua
sekutunya.
Perkembangan itu juga membuka peluang
kepada Pas untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal
lalu diteraju PKR. Berbanding Pas, PKR kali ini hanya menambah satu
kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada
2008.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr
Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor harus memberi
peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini.
"PKR dah ada peluang lima tahun lepas,
bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika
dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal
Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri
Selangor sebelum dipecat daripada PAS pada Januari 2012, turut menggesa
pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.
Beliau merujuk kepada desas-desus
jawatan menteri besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed
Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Hasan turut menyenaraikan nama-nama
anggota dewan undangan negeri (Adun) Pas yang layak mengisi jawatan itu,
antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin
Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.
Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan
juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42,
merupakan Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48,
ialah Yang Dipertua Pas Kuala Langat.
Abdul Khalid pada sidang akhbar di sini
hari ini memberitahu calon Menteri Besar Selangor akan ditentukan oleh
pucuk pimpinan pakatan dalam masa seminggu ini.
"Soal pentingnya bakal calon MB (menteri
besar) mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan
Sharafuddin Idris Shah)," katanya. - Bernama
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.