“Waytha sebelum ini pernah melemparkan tuduhan amat negatif terhadap PM dan Barisan Nasional, tetapi hakikat bahawa PM bersedia mengetepikan semua itu menunjukkan PM mengutamakan pembangunan kaum India berbanding perasaannya sendiri,” kata Pengarah Strategik MIC S. Vell Paari dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ini membuktikan Najib komited untuk menunaikan janjinya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi kaum India.
Semalam, perdana menteri mengumumkan barisan baharu Kabinet selepas pilihan raya umum ke-13 yang termasuk dua menteri dan empat timbalan menteri daripada kaum India.
Selain Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel yang dilantik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam sebagai Menteri Kesihatan, empat yang lain dilantik sebagai timbalan menteri—
Datuk M.Saravanan (Belia dan Sukan), P.Kamalanathan (Pelajaran dan Pengajian Tinggi), Datuk Dr J.Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan P.Wyathamoorthy (Jabatan Perdana Menteri).
“Bagi diri saya, lebih ramai kaum India memegang jawatan kerajaan, lebih meriah,” kata Vell Paari, dan menurutnya MIC perlu melakukan penstrukturan semula dan rombakan parti daripada segi ideologi, dasar dan pendekatan untuk kekal relevan kepada semua rakyat Malaysia. – Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.