BANTAH....
Dari kiri, Mamat Balhana (Sulabayan); Abdul Satal (Kunak); Gabra Wakil
Calon (Tungku, Datu Mohd Azlan Tsen Abdullah); Badaruddin Tun Mustapha
(Senallang dan Semporna); Abdullah Sani (Bugaya); Hj Ahmad Awang
(Tawau); Freddie (Kalabakan); Datu Elahan (Sekong) dan Abdillah
(Balung).
Oleh : ABBAS AHMAD
SEMBILAN
orang Calon Bebas (USNO) yang turun bertanding di 10 kawasan
Pilihanraya di Pantai Timur Sabah Pada Pru13 telah mengambil satu
ketetapan bahawa mereka tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 kerana
beranggapan pilihanraya berkenaan adalah Pilihanraya UMNO atau BN; dan
bukannya Pilihanraya Umum ke 13.
Post-Moterm
Pilihanraya yang dibuat oleh calon-calon USNO telah dibentangkan dalam
satu Perjumpaan Calon Bebas (USNO) di Tawau Sabah bertempat di Markas
USNO Tawau pada 12 Mei 2013.
Mereka sebulat suara mendakwa pilihanraya ke 13 ini adalah pilihanraya buang masa, tenaga dan pembaziran wang rakyat.
Tindakan
SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) yang terlalu memihak kepada Calon BN
dalam mengendalikan pilihanraya ini adalah seolah-olah telah dirancang
secara tidak beretika dan membelakangkan demokrasi untuk memberikan
kebebasan dan kesaksamaan kepada calon yang bertanding.
Sepatutnya
SPR bertindak lebih professional dan beretika dalam mengendalikan
pilihanraya dan bukan memihak serta merancang sesuatu yang amat kotor
dan mengaibkan rakyat Malaysia untuk menetukan undi seseorang
berdasarkan kemahuan mereka; sekaligus mencemarkan status SPR sebagai
badan bebas dan berkecuali.
“Jangan
cuba hendak mengajar rakyat menelan penipuan atau menerima kejelekan
tingkah laku serta etika buruk dan memalukan yang telah ditunjukan oleh
pihak SPR baru-baru ini. Anda tidak layak menjadi pengendali pilihanraya
Umum dan hanya layak menjadi Pak Kadok kepada BN dan UMNO sahaja;
terutama dengan berlakon depan TV mengajar rakyat supaya menerima
kehendak anda,” kata Presiden (Penaja) USNO, Datu Badaruddin Tun
Mustapha.
Kata
Badaruddin, SPR sepatutnya berasa malu dengan tindakannya dan
mengembalikan semua deposit calon PRU-13 kepada semua calon calon di
Malaysia kerana kegagalan mereka mengendalikan pilihanraya yang adil dan
saksama.
Melalui mesyuarat berkenaan, Badaruddin menjelaskan bahawa mereka telah membuat 11 resolusi berikut;
1. Tindakan
tidak membenar PACA Calon Bebas (USNO) untuk menjalankan tugas di hari
pilihanraya telah dirancang di semua kawasan ditandingi, menyebabkan
perjalanan pilihanraya cacat dan tidak adil berlaku kerana Calon Bebas
(USNO) tidak berpeluang untuk mendapat hak mereka sebagai calon. Dalam
hal ini, SPR jangan berselindung melalui undang-undang pilihanraya raya
kerana mereka sendiri yang merosakkan undang-undang pilihanraya yang
mereka kuat kuasakan secara tunggang langgang.
2. Tindakan
SPR menempatkan pihak polis dan komando di kawasan pengundian dengan
tujuan dan niat tidak baik telah menyebabkan campurtangan peraturan
pilihanraya adalah di luar peraturan pilihanraya.
3. Tindakan
SPR melantik pegawai-pegawai UMNO di peringkat Bahagian pilihanraya dan
saluran pengundian telah menjadikan pilihanraya ini tidak adil kerana
pegawai pegawai SPR yang dilantik itu telah bertindak sebagai perayu
Undi di pusat pengundian; pemberi wang rasuah pilihanraya di pusat
pengundian dan seterusnya menjadi talibarut penghalang kepada PACA calon
pembangkang dinafikan Hak mereka.
4. Hampir
semua ketua tempat pengundian menjadi talibarut BN untuk memberikan
bantuan kepada calon BN menipu pilihanraya PRU13 di mana mereka
bertindak sebagai agen BN dan mengajar pengundi cara penipuan Undian
Berganda.
5. Undi
Hantu telah dihalalkan hampir di semua kawasan pilihanraya yang
menyebab jumlah peratusan mengundi amat luar biasa dan tidak pernah
berlaku dalam sejarah pilihanraya di sesetengah tempat di mana hampir
95% pengundi keluar pengundi tetapi bilangan rakyat yang turun mengundi
di bawah tahap 50%.
6. Tindakan SPR menurunkan lambang bendera calon USNO bebas yang
bertanding adalah tidak selaras dengan undang-undang Pilihanraya,
melarang penggunaan logo calon dan poster calon USNO serta mengambil
tindakan menakutkan calon-calon bebas USNO di beberapa kawasan.
7. SPR
dianggap telah menentukan jumlah UNDI calon-calon USNO secara sengaja
bagi membayangkan kepada rakyat bahawa USNO tidak diterima lagi; walhal
itu adalah angka tipu yang tidak boleh diterima akal oleh semua pihak
atau semua calon USNO di mana USNO sebenarnya adalah tunggak perubahan
rakyat di negeri Sabah.
8. Calon-calon
USNO dilarang membuat lawatan ke pusat pengundian kecuali diiringi oleh
pegawai SPR sendiri adalah bercanggah dengan peraturan dan hak seorang
calon di mana akhirnya calon-calon USNO tidak dapat memasuki kawasan
pusat pengundian kerana peraturan tunggang langgang SPR sendiri.
9. Wakil-wakil
calon USNO dihalau dan dilarang untuk menjalankan tugas mereka semasa
hari pengundian 5 Mei 2013; dihalau keluar dan tidak dilayan sebagai
wakil calon walhal hak meeka termaktub dalam perundangan.
10. Pengawai
Pegawai SPR telah bertindak mempengaruhi pengundi untuk memangkah calon
BN di hari pengundian dengan kerjasama pegawai UMNO bahagian yang
dilantik oleh SPR sendiri.
11. Pasukan pemantau yang dilantik sendiri oleh SPR tidak dibenarkan memantau pilihanraya.
Selain daripada itu, terdapat beberapa perkara akan dikemukakan sebagai tambahan oleh pihak USNO dan calonnya dalam Petition Pilihanraya yang akan dikemukan nanti setelah keputusan itu diwartakan.
Jesteru
itu calon-calon USNO (Bebas) meminta supaya semua kawasan yang mereka
tandingi dibatalkan dan PILIHANRAYA dibuat semula serta mengembalikan
semua wang pertaruahan Calon Bebas (USNO) dan Pembangkang kerana SPR
tidak berhak menerima wang deposit itu setelah mereka gagal menjalankan
tugas yang adil dan saksama kepada rakyat.
Sabahkini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.