Mafiaboss Melayu's photo.
Terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar kerana telah sudi membantu Pakatan Rakyat dengan cara membantu mempertingkatkan momentum gelombang kebangkitan rakyat Malaysia dengan siri tangkapan dan pendakwaan terpilih mereka menggunakan Undang-Undang Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Mereka telah mengingatkan rakyat Malaysia tentang zaman gelap dibawah pemerintahan kuku besi Mahathir dulu, dimana semua institusi dan badan penguatkuasa undang-undang negara telah diperkudakan untuk membenam kebangkitan Parti Pembangkang demi untuk melindungi regim politik Umno/BN.
Kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil oleh mereka terhadap media pengampu Umno/BN dan machai-machai Umno/BN yang mengeluarkan kenyataan rasis, menghasut dan berbentuk fitnah ?? Undang-undang apa yang mereka gunakan??
Inilah nasib rakyat Malaysia, tapi rakyat Malaysia sekarang bukannya bodoh. Rakyat Malaysia sedang memerhati dengan penuh minat setiap tindak-tanduk anda berdua. Adakah rakyat Malaysia terpaksa menggunakan Undang-Undang rakyat untuk mengekang kezaliman ini ??
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.