‘Six Million Dollar Man' Umno Datuk Tajuddin Abdul
Rahman, yang dianugerahkan projek bernilai RM1.3 bilion membina UiTM Tapah walaupun tidak
mempunyai kelayakan dan rekod dalam pembinaan untuk membina kampus Tapah
Universiti Teknologi Mara (UiTM), telah dilantik sebagai timbalan
menteri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamakan Kabinetnya hari ini mengumumkan perlantikkan ahli Parlimen kontroversi Pasir Salak itu sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Insdustri Asas Tani.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamakan Kabinetnya hari ini mengumumkan perlantikkan ahli Parlimen kontroversi Pasir Salak itu sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Insdustri Asas Tani.
Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau dipecat dari Umno
pada tahun 1995 berikutan dengan tuduhan membayar RM 6juta untuk
mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian.
April lalu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Tajuddin membuat keuntungan daripada pembinaan UiTM di Tapah menerusi syarikat miliknya Detik Utuh Sdn Bhd yang menjadi rakan kongsi kepada jurubina sebenar iaitu Crest Builder Holding Berhad.
Lelaki "pendedah" PKR itu mengatakan beliau tidak takut untuk diheret
ke mahkamah di atas pertuduhan tersebut, menegaskan beliau mempunyai
dokumen bukti yang kukuh mengenai perkara itu.
April lalu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Tajuddin membuat keuntungan daripada pembinaan UiTM di Tapah menerusi syarikat miliknya Detik Utuh Sdn Bhd yang menjadi rakan kongsi kepada jurubina sebenar iaitu Crest Builder Holding Berhad.
Daripada dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang didedahkan
oleh Rafizi pada ketika itu,Tajuddin didapati merupakan pemegang saham
sebanyak 450,000 unit dalam Detik Utuh.
Tajuddin juga merupakan pengerusi syarikat berkait kerajaan Felcra.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu menafikan tuduhan Rafizi dan mengugut untuk menyamannya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.