Followers

Thursday, May 9, 2013

[Ramai pihak yang keliru dengan pertambahan mendadak pengundi di Parlimen Pekan ini sebenarnya.


Musykil: Pertambahan Pengundi Di Pekan Meragukan
 

 
 
Bayangkan diketika kawasan parlimen lain terutamanya yang melibatkan bandar-bandar utama seperti Temerloh, Kuantan dan Indera Mahkota yang hanya terdapat pembahan pengundi sekitar 8,000 hingga 12,000 orang sahaja, tiba-tiba angka penambahan pengundi di Pekan mencecah 22,000 orang.

Besar mana sangatlah kawasan Pekan jika mahu dibandingkan dengan kawasan lain di Pahang.

Apakah warga Pekan terlalu subur hingga melahirkan anak begitu ramai setiap tahun?. Inilah yang memusykilkan sekarang.

Apakah ini satu usaha untuk memastikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tum Razak menang selesa di Pekan agaknya?. 


 



Umum mengetahui satu ketika dulu Parlimen Pekan telah melakukan satu yang luar biasa apabila SPR memasukkan kem tentera batu 10 di dalam daerah Kuantan ke Parlimen Pekan. Diwujudkan satu kerusi baru yang dikenali sebagai DUN Pulau Manis.

Ia bertujuan supaya Najib mendapat keseluruhan undi tentera di kem terbabit, tambahan pula Najib adalah Menteri Pertahanan ketika itu. Kini, apa yang berlaku seolah-olah satu lagi sandiwara baru di negara kita.

Tidak mungkin jumlah penambahan pengundi di Pekan begitu mendadak sedemikian rupa melainkan ada pengundi hantu yang berada disitu sebenarnya. Oleh itu, SPR dan pihak berkuasa digesa menyiasat kemusykilan ini agar rakyat tidak terus dikelirukan dengan senario yang cukup memalukan ini !!].



PAHANG DAILY ONLINE

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.