KUALA LUMPUR: Polis telah membebaskan 18 individu
termasuk empat wanita yang ditahan ketika berhimpun di depan Balai Polis
Jinjang malam Rabu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata mereka
yang berumur antara 22 dan 54 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin
polis setelah keterangan mereka diambil.
Pada Rabu kesemua 18 individu itu ditahan ketika berhimpun
di depan Balai Polis Jinjang, lokasi aktivis mahasiswa pakatan rakyat
Adam Adli Abdul Halim ditahan.
Mereka ditangkap kerana gagal mematuhi arahan polis supaya beredar selepas diberi masa 10 minit.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.