SHAH ALAM,
26 Mei — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan
penyokong Pakatan Rakyat (PR) melakukan penipuan dalam Pilihan Raya 2013
dengan mengundi dua kali dan menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) melakukan siasatan.
Menurut Perkasa, mereka curiga dengan kemenangan besar parti PR DAP, PKR dan PAS di beberapa kerusi Parlimen.
"SPR perlu siasat penyokong PR yang
mendakwa dapat dua kali kertas undi," kata Setiausaha Agung Perkasa Syed
Hassan Syed Ali dalam satu kenyataan hari ini.
"Ini dakwaan serius. Jika benar,
bermakna ramailah penyokong PR mengundi dua kali dan sebab itulah PR
menambah kerusi Parlimen dari PRU 2008," tambah beliau lagi.
Menurut Syed Hassan lagi, gesaan Perkasa berdasarkan kepada kenyataan penyokong PR sendiri.
"Gesaan Perkasa ini adalah merujuk
kepada kenyataan penyokong PR yang mendakwa dia berjaya masuk ke Pusat
mengundi dan mendapat kerja undi kedua setelah berjaya menghilangkan
dakwat dijarinya setelah selesai mengundi ditempat yang sama.
"Terutamanya di Parlimen Batu Pahat,
Bukit Katil, Pasir Mas, Shah Alam, Sepang, Pokok Sena dan lebih 70
kerusi parlimen lain yg dimenangi calon Pakatan Rakyat," katanya.
Dalam Pilihan Raya 2013, dua calon
Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin bertanding di
kerusi Parlimen Pasir Mas dan Shah Alam.
Walau bagaimanapun, kedua-duanya kalah di kawasan masing-masing.
PR menyalahkan penipuan pilihan raya
menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular
dalam Pilihan Raya 2013. Mereka menang 89 kerusi Parlimen berbanding
Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi
Parlimen.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim dalam perhimpunan sama semalam turut menegaskan beliau menolak
idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk
pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta. -TMI
Batu Vs Kayu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.