KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad menyifatkan tindakan Perdana
Menteri yang tidak mengekalkan Datuk Seri Noh Omar sebagai menteri
kabinet sebgai langkah tepat.
Katanya,
dengan mentaliti Noh yang mengeluarkan kenyataan agar rakyat yang tidak
bersetuju dengan sistem pilihan raya 'duduk dalam hutan', memang layak
untuk tidak dilantik menjadi menteri.
"Layakkah
ucapan ini dikeluarkan oleh bekas seorang Menteri kabinet. Jika inilah
mentaliti seorang pemimpin Umno memang patutlah Datuk Seri Najib Tun
Razak tidak lantik beliau sebagai Menteri," kata Idris dalam atu
kenyataan kepada Harakahdaily.
Noh yang
juga timbalan pengerusi perhubungan BN Selangor kelmarin berkata,
individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini
sewajarnya "duduk di dalam hutan".
Noh
turut menyifatkan mereka yang mengadakan himpunan membantah penipuan
pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sebagai melampaui batas dan tidak hormat
kepada perlembagaan.
Mengulas
lanjut, Idris yang juga AJK PAS Pusat berkata, tidak menolak
kemungkinan kenyataan tersebut dikeluarkan Noh untuk menarik perhatian
Najib untuk beliau kembali ke kerusi menteri.
Atau kata Idris, mungkin juga Noh terlalu kecewa dengan kekalahan teruk Umno BN di Selangor.
"Mungkin dia baru keluar daripada kolam udang Tanjung Karang, sehingga sanggup keluar kenyataan sedemikian rupa.
"Kalau pun hendak bodek bos, biarlah ada skill sikit," kata Idris.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.