SHAH ALAM, 30 APRIL:
Dapatan kajian Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan Pakatan Rakyat
(Pakatan) mencatatkan 50.6 peratus manakala BN mencatat 49.4 peratus
dalam aspek jangkaan menang dalam PRU 13.
Di peringkat negeri Selangor pula, Pakatan mencatatkan 61.4 peratus dan BN 38.6 peratus dalam jangkaan menang dalam PRU13.
Kajian
tersebut dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi
berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu.
Pembentangan
oleh Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Dr Muhammad
Shamshinor Abdul Azziz itu turut menunjukkan dapatan kajian berkaitan
parti yang dijangka menang dalam PRU 13 di peringkat persekutuan dan
negeri.
uniselDi
peringkat persekutuan, responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan
peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5
peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang.
Bagi kaum Melayu pula, sebanyak 52.3 peratus menjangkakan Pakatan akan menang dan 47.7 peratus menjangkakan BN akan menang.
Manakala
responden India cenderung meramalkan BN akan menang di persekutuan
iaitu sebanyak 62.9 peratus dan 37.1 menjangkakan Pakatan akan menang.
Sementara
itu, kajian berkaitan persepsi ketokohan kepimpinan di Negeri Selangor
mendapati kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim lebih tinggi berbanding Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak.
Sebanyak
63.1 peratus responden meyakini kepimpinan Khalid, 58.4 peratus
meyakini kepimpinan Anwar dan 51.2 peratus meyakini kepimpinan Najib.
Pembentangan
kajian impak program kerajaan terhadap pola pengundian di Selangor
menjelang PRU yang diadakan di Menara Yayasan Selangor itu turut turut
mendapati inisiatif 20 meter padu air percuma sebulan paling disukai
iaitu sebanyak 91 responden menyokongnya.
Kajian
berkaitan persepsi positif terhadap program kerajaan negeri mendapati
sebanyak 79 peratus menyokong program Tabung Warisan Anak Selangor
(Tawas), 77 peratus menyokong program baucar RM100 Jom Shopping Warga
Emas, 83 peratus menyokong hadiah anak masuk universiti RM1,000 dan 83
peratus menyokong khairat kematian RM2,500.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.