Tengku Razaleigh Hamzah |
Beberapa menteri digurukan katanya atas kehendak Rosmah Mansor. Antaranya Azlinan Othman Said, Mohd Zain Abdullah dan beberapa yang lain. Manakala pegawai-pegawai politik lantikan Pak Lah juga disingkir dan tidak 'ditebu guna'. Najib salin dengan muka baru yang muda dan jelasnya yang diharap menjadi tongkat serandangnya. Kebanyakannya yang muda dilantik sebagai timbalan menteri dan dilantik politik menjadi pegawainya di Putrajaya.
Tetapi bagaimana dengan susunan kabinet kali ini? Dengan ada 'desakan' atau ugutan dari Cina MCA dan Gerakan untuk tidak berada dalam kabinet dan menolak semula perlantikan kerajaan ia memberi satu cabaran kepada Najib. Penolakan itu adalah satu protes kepada Najib. Penolakan atau keengganan orang Cina memberi satu masalah kepada Najib selaku presiden Umno yang belum pernah terjadi sebelum ini. Penolakan ini cabaran terbesar Najib di sepanjang lima tahun penggal parlimen ini.
Sekiranya Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon bertegas dengan keputusannya, Najib harus menjadi jalan lain untuk memperkuatkan kabinetnya. Apa yang Najib perlu lakukan ialah kabinet yang bakal dibentuk kelak biarlah melambangkan semangat 1 Malaysia yang dilaung-laungkan. Kabinet untuk semua. Saya sudah mengemukakan cadangan paling pratikal kepada Najib tetapi ia tidak mungkin dilaksanakan kerana Najib tidak mungkin siap untuk berjiwa besar.
Kalau MCA dan Gerakan tidak beri kerjasama, ini bermakna di dalam kabinet Najib tidak ada orang Cina. Ketiadaan Cina akan memberi konotasi Umno sudah membuang Cina. Persepsi begini kepada umum membahayakan Umno. Atau beliau memang akan menerima cadangan sesetengah pihak agar jangan peduli dengan orang Cina yang tidak memberi sokongan kepada UBN dalam pilihan raya lalu? Wajarkah Najib menerima cadangan begitu yang baluti emosi? Dalam situasi Malaysia ini tidak wajar kalau Najib mengikut cadangan demikian. Cadangan itu lebih untuk membunuh kerjaya politik Najib.
Satu hakikat yang Najib kena terima ialah beliau perlu bentuk kabinet bersama orang Cina untuk menunujukkan Umno tidak rasis seperti ditegaskan. Tanpa Cina dalam kabinet yang memberi masalah kepada Umno untuk masa akan datang. Polirasasi kaum akan terus berkembang sekiranya tiada Cina dalam kabinet. Walaupun Cina tidak mungkin dapat berbuat sesuatu tetapi Najib kerna kurang persepsi Umno telah menendang Cina. Orang Cina tidak menyesal atau menangis kalau mereka tidak dimasukkan ke dalam kabinet, kerana mereka kaum yang boleh berdiri sendiri di mana jua mereka berada. Tetapi yang rugi dan bermasalahnya Umno, Melayu.
Hendak tidak hendak Najib kena pulihkan hubungan dengan orang Cina. Kenyataan-kenyatan yang menyenakkan hati orang Cina seperti mana ditulis oleh para ultra upahan di dalam Utusan Malaysia dan para banjingan berjois hendak diredahkan. Cukuplah menyakiti orang Cian dan menyalahkan mereka kerana mereka tidak memilih untuk terus bersahabat dengan Umno. Umno sepatutnya insaf penolakan itu hanya setahun dua ini tetapi kenanglah kesetiaan dan sokongan Cina kepada mereka lebih 50 tahun lalu. Logiknya Cina tidak akan melayarkan jongnya ke laut kalau tidak ada apa-apa.
Dalam rangka ini saya nampak Najib boleh menyerahkan kepada seseorang yang berfikiran sedarhana terhadap orang Cina dan mempunyai reputasi baik dengan semua bangsa khasnya Cina. Orang ini saya kira dapat memulihkan hubungan orang Cina dengan Umno serta mendamaikan suasana politik Malaysia. Beliau dimaksudkan itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Tengku Razaleigh masih dihormati oleh masyarakat Cina dan juga pihak pembangkang kerana politik sederahana anak raja ini.
Dalam usaha untuk membaikpulih hubungan Umno dengan Cina, Najib tidak boleh menggunakan Mahathir Mohamad. Kenyataan-kenyataan Mahathir sebelum ini banya menyindir orang Cina dan memedihkan hati mereka. Kenyataan dan sikap Mahathir yang berdendam dengan Cina sejak tahun 1969 lagi (kerana beliau kalah di Kota Star) menyebabkan orang Cina melarikan diri dari Umno. Iya mungkin anak-anak muda Cina tidak merasai sakit hati atas dendam Mahathir tetapi orang Cina yang tua akan menceritakan kepada anak cucu mereka mengenai tindakan rasis Matahir kepada mereka dan betapa rasisnya Mahathir.
Berlainan dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Selain dari mengamalkan politik serdahana dan tidak melemparkan perasaan benci kepada sesiapa, beliau juga mempunyai jalinan perniagaan dengan taukeh-taukeh Cina baik dalam negeri maupun luar negeri. Atau pun beliau masih ada hubungan persahabatan dengan kebayakan orang Cina dan tokoh-tokoh veteran politik. Kesempatan itu boleh digunakan Tengku Razaleigh untuk menjelaskan kedudukan sebenar apa yang berlaku dan membaiki pulihkan keyakinan Cina kepada Umno khasnya.
Untuk itu Najib perlu melantik Tengku Razaeigh ke dalam kabinet yang bakal disusun kelak. Kalau Najib tidak percaya kepada Tengku Razaleigh untuk beri menteri kanan kerana dibimbangi Tengku Razaleih mencabarnya, cukup Najib beri menteri yang memegang portfolio perpaduan ummah kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Pokoknya biar bekas Menteri Kewangan itu berada dalam kabinet dan beliau akan memainkan peranannya. Keperluannya untuk dijadikan penawar kepada Umno.
Tengku Razaleigh seorang yang ikhlas didalam perjuangan. Hakikat ini boleh dinilai dan dianalisa sendiri oleh Najib. Sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip dan undang-undang Tengku Razaleigh tidak pernah menentang Umno atau kepimpinan Najib secara emosi dan diluar batas dibenarkan. Dia mengkritik adalah untuk kebaikan dan bukan membenci. Sayangnya keikhlasan dan kehebatan yang dimilikinya tidak pernah digunakan oleh Najib maupun di era Abdullah Badawi. Inilah satu kesilapan kepada Umno tidak tahu menilai mana intan dan mana kaca.
Najib boleh mencuba cadangan ini dan tidak salah. Kalau Tengku Razaleigh tidak mampu untuk mengembalikan semula sokongan dan kepercayaan Cina kepada kerajaan UBN, beliau boleh pecat Tengku Razaleigh bila-bila masa. Lagipun Tengku Razaleigh sebagai ketua Umno Gua Musang berhak untuk mendapat kedudukan itu dan layak menjadi menteri kabinet kanan.
Kemenangan besar Tengku Razaleih dalam pilihan raya lalu dengan meraih lebih 8,413 majoriti dalam keadaan beliau diserang secara 'anih' dan luar biasa, menunjukkan tokoh veteran Umno itu seorang yang tikam tidak luk pilut dan memiliki mauanah politik. Maka sewajarnya kalau beliau diberi pengikhtirafan dengan melantik beliau menjadi menteri kabinet. Untuk mengambil kira dan menilai cadagan agar Tengku Razaleigh Hamzah ini dimasukkan ke dalam kabinet Najib jangan sangat mendengar kata-kata dan nasihat Mahathir. Najib kena sedar era sekarang adalah era dia yang memerintah dan menjadi presiden Umno.
Adalah sesuatu kesilapan dan kerugian besar kalau Najib terus mengabaikan Tengku Razaeigh dalam penyusunan kabinetnya nanti sedangkan Tengku Razaleigh relatif dapat membantu dengan segala pengalaman yang ada kepadanya. [wm.kl.7:47 pm 13/05/13]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.