02 Apr : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Nor Mohamed Yakcop akan dipanggil bagi menjelaskan kerugian RM5.7 bilion.
Sekiranya
berjaya membentuk kerajaan persekutuan, Pakatan Rakyat berjanji akan
menjadikan isu kemasukan tukaran asing pada 1990 sebagai sasaran utama
siasatan.
Sehubungan itu, mereka akan meneliti peranan Nor Mohamed yang
sekarang bertindak sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Jumlah itu
diperoleh daripada Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia pada 1997, yang
dimaklumkan pada September lalu oleh Timbalan Menteri Kewangan, Donald
Lim Siang Chai kepada Parlimen.
"Jika beliau
masih gagal menjelaskan selepas 20 tahun, dan jika Pakatan berpeluang
membentuk kerajaan di Putrajaya, Nor Mohamed akan diheret untuk soal
siasat," kata Lim dalam sidang media semalam.
Ahli parlimen
Tasek Gelugor itu kini tertekan ekoran skandal matawang tersebut yang
turut melibatkan beberapa pemimpin terkenal termasuk bekas perdana
menteri, Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin
yang dipercayai dalang yang mengarahkan penjualan besar-besaran matawang
negara.
Ketua
Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM)
menghentikan urusniaga pertukaran matawang asing ketika berada dalam
kerajaan.
Arahan itu
dakwa Anwar diberikan kepada Gabenor Bank Negara, Jaafar Hussein ketika
itu.“Saya pasti BNM mempunyai rekod dan sahkan apa yang saya sebut.
“Saya selaku
Menteri Kewangan ketika itu minta (perniagaan itu) dihenti serta merta.
Perniagaan forex (mata wang) dibuat sebelum 1990, sebelum saya menjadi
Menteri Kewangan.
“Perniagaan
forex ini dilakukan dengan kebenaran Menteri Kewangan sebelum itu (Daim
Zainuddin) dengan persetujuan Perdana Menteri ketika itu,” katanya dalam
sidang media di Parlimen pada 24 September tahun lalu.
Untuk rekod,
Daim menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1985 hingga 1991 sebelum Anwar
menggantikannya bermula pada tahun yang sama sehingga dipecat dari
jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September
1998.
Anwar membuat
penjelasan selepas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mencelah
mengatakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang pernah meminta Anwar
meletakkan jawatan berikutan kerugian itu pada tahun 1993.
Sementara itu,
Ketua Umum KEADILAN itu juga memaklumkan jumlah kerugian yang dialami
oleh BNM dalam pasaran pertukaran wang asing (Forex) pada tahun 1991
boleh dijelaskan oleh Gabenor BNM sekarang, Zeti Akhtar Aziz.
Ini kerana Zeti
adalah diantara orang yang bertanggungjawab dalam isu itu selain Nor
Mohamed yang ketika itu memegang jawatan Pentadbir Kanan BNM.
Sebelum itu,
dalam sidang perbahasan di Parlimen, Guan Eng meminta Menteri Kewangan
menyatakan jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh BNM akibat Forex
dari tahun 1990 hingga 2012.
Guan Eng
mempersoalkan mengapa spekulator matawang George Soros dikecam sebagai
penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion
BNM melalui forex dinaikkan pangkat.
~roketkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.