Followers

Saturday, May 11, 2013

Menyanggah Tulisan Masitah Ibrahim!

Lawan Tetap Lawan's photo.

Okeh... Gua nak menyanggah tulisan Mashitah Ibrahim yang gua baca di Sinar Harian pagi nih... hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan... sebaik-baik hari dalam seminggu... penghulu segala hari... 
 
Moga Allah memberikan hidayah kepada semua orang dan mengampunkan segala dosa semua orang... Ameen..

1. Mashitah Ibrahim mengklasifikasikan PR sebagai Pembangkang manakala BN sebagai Kerajaan. Sebagai tokoh akademik, gua rasa tindakan ini tidak wajar kerana tak kena konteks... 
 
Dalam konteks politik... Sewajarnya Mashitah Ibrahim hanya menulis Pakatan Rakyat sebagai Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional sebagai Barisan Nasional... Ini kerana dalam kes di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang... parti pembangkang aderlah Barisan Nasional.... Jadi kalu Mashitah Ibrahim tak tau nak membezakannya. sila pi skolah belajar balik...

2. Jangan salahkan Parti Komunis Malaysia kononnya mereka membawa sentimen perkauman... Partai Komunis Malaysia disertai dan dianggotai oleh semua kaum tanpa ada masalah. Tiada rasisma dalam perjuangan Partai Komunis Malaysia (PKM).... Sila belajar falsafah komunisma kalu tak tahu... Jangan serkap jarang.... itu bodoh namanyer...

3. Insiden 13 Mei 1969 sebenarnya digerakkan dan dimulakan oleh kumpulan "ultra Melayu" yang dipimpin oleh Harun Idris (MB Selangor) masa itu... Sila baca sejarah dan lihat secara meluas... Jangan sekadar baca sejarah yang ditulis oleh orang yang menang di Malaysia... Sehingga ke hari ini pun blogger dan pencacai UMNO lah yang kuat memainkan sentimen perkauman dan menghasut.... sehinggakan Utusan Malaysia pun terlibat sama...

4. Budaya politik benci yang dihuraikan oleh Mashitah Ibrahim tidak ader asas... Pakatan Rakyat (rakyat marhaen) memang membenci politik kotor, politik fitnah, politik perkauman, politik melaga-lagakan, politik rasuah dan politik salahguna kuasa... Jadi kalu Mashitah Ibrahim nih masih tak tau lagi tentang perkara ini... sila bertanya... jangan menulis secara BANGANG melampau...

5. Berdemonstrasi itu adalah satu fitrah manusia yang apabila jalan diplomasi tidak dapat diterima oleh pihak tertentu... UMNO juga pernah berdemonstrasi pasca Malayan Union... Jangan lupa sejarah... dan jangan memalukan diri sendiri.

6. Memang rakyat berhak menegur pemimpin... tapi dalam kes Malaysia... setiap peneguran terhadap kepimpinan BN dalam mentadbir Malaysia berakhir sama ader ditahan, didakwa, dipenjara, difitnah ataupon disimpan secara haram di pusat tahanan politik di Kamunting. Pemimpin BN merasakan bahawa mereka above the law..... Tolong baca dan fahamkan aper yang berlaku... jangan sekadar menulis TANPA AKAL.

7. Tolong jangan quote ayat Al Quran sekadar semata-mata menjustifikasikan tindakan... Sebenarnya ayat Al-Quran yang di quote itu lebih terkena kepada UMNO/BN berbanding kepada Pakatan Rakyat...

Kepada Mashitah Ibrahim.... Tolong jangan memalukan diri sendiri dengan menulis artikel yang macam ini dilain kali... setiap tulisan lu nih secara otomatiknya melambangkan ceteknyer ilmu dan pengetahuan lu tentang politik, kenegaraan, sejarah dan jugak agama... Memalukan sungguh...

Semoga Allah Taala membuka pintu hati lu yang dah berkarat dengan daki duniawi kearah yang lebih baik.... Gua doakan lu mendapat hidayah daripada Allah Taala.... dah jauh sesatnyer lu nih angkara daki dunia.... MasyaAllah....
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.