Followers

Thursday, May 30, 2013

KOLEKSI GAMBAR ANAK-ANAK MUDA BERKAMPUNG DEPAN PENJARA SUNGAI BULUH TUNJUK SOLIDARITI KEPADA SAFWAN ANANG!!!




Aktivis siswa Safwan Anang adalah antara empat orang pemimpin NGO dan Pakatan Rakyat yang ditahan mengikut Akta Hasutan dalam operasi pada malam semalam dan dituduh di mahkamah sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur dibawah Seksyen 4(1)(b) akta yang sama.

Mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang, namun Safwan enggan diikat jamin.

Seorang lagi aktivis, Hishamuddin Rais yang dikehendaki polis atas dakwaan kesalahan sama, turut menyerah diri di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan dilakukan secara berasingan ke atasnya selepas itu, mengikut undang-undang sama.

Kesemua lima individu berkenaan didakwa melakukan kesalahan tersebut di antara jan 8.55pm hingga 11.15pm pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Mereka didakwa menyebut kata-kata menghasut, yang didakwa cenderung membangkitkan rakyat untuk mengubah kerajaan dengan cara yang tidak sah.

Safwan Anang telah dibawa ke Penjara Sungai Buluh sebagai membantah tindakan keras kerajaan kepada rakyat yang membantah PRU 13 yang penuh dengan kecelaruan dan kesangsian.

Malam tadi rakyat terutamanya anak-anak muda telah berkhemah depan penjara Sungai Buluh sebagai tanda sokongan solidariti mereka kepada Safwan Anang.

Isteri Safwan, Masturah sempat jua memberikan ucapan sepatah dua kata . Dia rasa sebak dan terharu dengan sokongan rakan-rakan dan rakyat Malaysia. Ada yang datang sejauh dari Terengganu.

Ini bukan kali pertama suaminya ditangkap sepanjang dua tahun perkahwinan mereka. Pada awal perkahwinan mereka Suaminya pernah ditangkap dan dibelasah teruk oleh polis di hadapan UPSI.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan, Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.

Namun apa yang mendukacitakannya ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN), kata Bukhairy dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:

* Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salah guna kuasa untuk kepentingan hayat Umno-BN.
* Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin memulihkan demokrasi yang makin tenat.

* Ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit berjuang lawan penipuan!
Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia,

Safwan rela untuk terus dikurung di dalam penjara.


oMAK kAU !!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.