Wanita Umno mempersoalkan tindakan Pengerusi Lembaga Pengarah
AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz yang berdiam diri berhubung kenyataan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani yang menuduh
sebuah akhbar arus perdana sebagai rasis.
Penolong Setiausaha Wanita Umno, Datuk Rosni Sohar berkata, Rafidah, sebagai orang kuat AirAsia X, perlu mengambil tindakan terhadap Azran bagi membuktikan semangat kebangsaan dalam syarikat yang membawa nama baik Malaysia kekal ke seluruh dunia.
“Rafidah hanya lantang mengkritik dalam Wanita Umno, tetapi apabila perkara yang membabitkan kepentingan Melayu, beliau mengambil keputusan berdiam diri. Mungkin beliau sendiri setuju dengan kenyataan Azran itu. Apakah begini sikap seorang ahli Majlis Tertinggi Umno?” katanya.
Selain itu, Rosni, yang juga Adun Hulu Bernam, mendesak Azran mohon maaf secara terbuka kepada semua orang Melayu di negara ini.
- Sinar Harian/Malaysia Chronicle

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.