Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar optimis bahawa kekuatan Umno-BN
tidak akan bertahan lama dan akan kembali bergolak setelah ketiadaan
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah katanya, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan
Menteri Besar, Dato’ Mukhriz Mahathir juga hanya akan diterima selagi
mana adanya Dr Mahathir.
“Bukan bermaksud saya minta Dr Mahathir mati cepat, tetapi hendak menyatakan bahawa dia (Mukhriz) mampu naik ke kedudukan yang ada sekarang ini kerana ayahnya,” ujar beliau dalam ucapan sulungnya sempena majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk mantan Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 14 Mei lalu.
Beliau juga sangat yakin semua Adun PAS dan Pakatan Rakyat mampu berhadapan Adun-adun BN dalam Dewan Undangan Negeri serta menangkis segala serangan yang mungkin dibuat terhadap pentadbiran 5 tahun Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.
Secara khusus, Mahfuz juga berharap Ustaz Azizan akan menyertai kekuatan Adun-adun Pakatan Rakyat dalam Sidang Dun Kedah walaupun terpaksa berkerusi roda
Menyentuh perjalanan PRU lalu, beliau percaya semua petugas PAS telah melaksanakan tugas terbaik, namun gagal menghadapi tipu muslihat oleh Umno-BN yang turut berkonspirasi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak-pihak lain.
“Program Himpunan Blackout 505 yang dirancang itu bertujuan mendedahkan kepada masyarakat bahawa kekalahan ini angkara tipu muslihat yang dilakukan pelbagai pihak.

Jika ada pihak mempersoalkan bukti
terhadap perkara itu, memang terdapat banyak perbuatan curang jenayah
demokrasi dilakukan pelbagai pihak.
“Paling jelas adalah isu dakwat kekal sebagai isu fundamental di mana tujuan diadakan calitan dakwat kekal itu untuk memastikan PRU13 bersih tetapi dakwat itu tidak dapat dipertahankan SPR,” tegasnya.

Ditanya perancangannya selaku Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Mahfuz
menegaskan bahawa beliau akan turun ke bertemu pimpinan PAS
Kawasan-kawasan untuk mendengar pandangan mereka supaya parti dapat
digerakkan.
Jelasnya lagi, beliau juga akan mendengar pandangan dari pelbagai segmen kumpulan dalam masyarakat yang menyokong PAS baik dari kalangan profesional, ulama, anak muda, muslimat dan sesiapa sahaja.

“Saya sedia atur pertemuan bagi mendengar pendapat dan pandangan mereka bagi mengembalikan PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU akan datang,” terang Mahfuz.
Beliau turut menyeru agar semua pendokong kembali bangun dan memacu perjuangan sehingga PAS dan Pakatan Rakyat kembali melangkah ke Wisma Darul Aman.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.