DEDAH TERKINI!!! Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR makin panas, satu persatu bukti penipuan dibongkar
PKR hari
ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara terperinci,
bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di mana ia
mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang
dikeluarkan.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa di saluran dua
pusat mengundi di SJK (C) Yu Chye, Borang 13 menunjukkan sejumlah 424
kertas undi telah dikeluarkan.
Bagaimanapun,
katanya, selepas perjumlahan keputusan dibuat, Borang 14 menunjukkan
sebanyak 562 undi dalam peti undi tersebut, lebih 138 undi daripada
kertas undi apa yang telah dikeluarkan.
Menurutnya,
dengan majoriti yang kecil dan jumlah undi rosak yang tinggi, maka
keputusan di saluran dua, cukup untuk mengubah keputusan di kawasan
parlimen Balik Pulau dan kerusi negeri di Telok Bahang.
Rafizi memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.