Sempat
berjumpa dengan rakan yang bekerja di Pejabat Perdana Menteri, khabarnya
senarai nama Ahli Kabinet sudah siap walaupun ramai yang menjangkakan
isu MCA enggan berada dalam kabinet akan melewatkan perlantikan ternyata
merosot.
Yang
menjadi fokus saya untuk ketahui adalah senarai kebinet dari Terengganu,
adakah yang berkenan dimata Datuk Seri Najib untuk dilantik ke
kabinetnya. Bila rakan saya mula bercerita amatlah mengejutkan apabila
nama pertama yang disebut adalah Shaberry Cheek yang telah tersingkir
dari senarai kabinet Najib Razak.
Ini
berikutan perestasinya atau KPI yang rendah walaupun banyak liputan
media mengenai KBS dan dirinya tetapi tiada pengisian, sama juga seperti
waktu beliau memegang Kementerian Penerangan. Kuota Menteri Terengganu
akan diberikan kepada Dato Seri Idris, ini sememangnya tidak menjadi
kejutan kerana nama Idris telah dicanang untuk memegang jawatan Menteri
penuh sebelum ini, khabarnya beliau akan diberi tanggungjawab untuk
mengepalai Kementerian Pendidikan Tinggi, mengambil tempat Datuk Seri
Khaleed Nordin yang diangkat sebagai MB Johor yang baru.
Yang
paling mengejutkan adalah maklumat yang diberikan oleh rakan saya
mengenai lantikan Dato Nasir, calon BN yang tewas baru baru ini sebagai
Ahli Dewan Negara lantas telah dimasukkan kedalam senarai kabinet, Dato
Nasir dikatakan sah memengang portfolio Timbalan Menteri Pelajaran, ini
juga dikatakan adalah cara Datuk Seri Najib untuk memikat kembali
pengundi Kuala Nerus dengan memberi kepercayaan kepada Pemimpin utama
Kuala Nerus ini berada dalam kabinet walaupun kalah dalam pilihanraya
baru-baru ini.
Umno di
Terengganu kini lebih parah berbanding 2008, krisis dalaman amat
membahayakan dimana dengan perlantik Nasir kedalam kabinet telah secara
rasminya mencipta satu lagi kumpulan dalam Umno selain dari kumpulan
Ahmad Said dan Idris.
-detikdaily/Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.