Himpunan Pesta Rakyat yang diadakan di ahdapan Amcorp Mall Petaling Jaya mendapat sambutan hangat dari rakyat pelbagai kaum.
Sekalipun polis tidak membenarkannya, namun rakyat tetap datang berduyun-duyun bagi menyahut seruan gabungan NGO Suara Rakyat 505 yang menganjurkan pesta rakyat tersebut bagi mengembalikan demokrasi secara besar-besaran di negara ini.
Jurucakap pertubuhan, Badrul Hisham berkata, perhimpunan yang dirancang diadakan di padang berhadapan Amcorp Mall akan menunjukkan bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.
Katanya, perhimpunan tersebut tiada kena mengena dengan dakwaan mahu merampas kerajaan ala “Arab Spring” atau “Malaysian Spring” seperti yang didakwa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.