[Mantan Ahli
Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berjaya menenangi kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) N14 Bandar, Parlimen Kuala Terengganu Ahad lalu.
Azan yang juga mantan Ketua Cabang PKR Indera Mahkota dilantik menjadi
Pengerusi PKR Negeri Terengganu selepas dua tahun Dato' Fauzi Abd Rahman
mengambilalih tampuk pimpinan PKR Negeri Pahang daripada Zakaria Abdul
Hamid pada tahun 2008 yang lalu.
Walau pun berlaku krisis antara PKR
Terengganu dan juga PAS di sana, namun akhirnya Azan berjaya menjadi
calon Pakatan Rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar.
Untuk
makluman, Azan sebenarnya memang berasal dari kawasan itu sebelum
bermastautin di Kuantan. Pada pilihanraya umum kali ini, Azan berjaya
menewaskan penyandang kerusi DUN N14 Bandar dari BN iaitu Datuk Toh Chin
Wah dengan majoriti undi sebanyak 2,159 undi.
Beliau mendapat 9,413
undi manakala Toh hanya mendapat 7,254 undi. Dengan kemenangan ini Azan
merupakan satu-satunya calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menang di
Terengganu.
Dua orang lagi calon PKR yang tewas ialah Narawi Embong
(3,398 undi - DUN N21 Telemung) dan Wan Mokhtar Wan Ibrahim (6,260 undi -
DUN N6 Permaisuri).
Sementara itu calon PKR yang lainnya telah hilang
deposit seperti Ahmad Nazri Mohd Yusof (73 undi - DUN N11 Seberang
Takir), Mohd Shamsul Mat Amin (52 undi - DUN N25 Bukit Besi) dan Mohd
Abd Ghani Hj.Ibrahim (60 undi - DUN N2 Kota Putera). Manakala, calon PKR
bagi kerusi Parlimen Kemaman, Kamaruddin Chik tewas ditangan Shabery
Cheek dengan majoriti 12,306 undi].
PAHANG DAILY ONLINE
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.