KUALA LUMPUR, 21 Mei — “Tribunal Rakyat” yang
ditubuhkan Bersih 2.0 mungkin tiada kuasa perundangan tetapi menjadi
“kuasa moral” untuk mendedahkan penipuan pilihan raya, kata Datuk Ambiga
Sreenavasan yang mempertahankan langkah terakhir kumpulan itu untuk
membuktikan salah laku dalam pilihan raya 5 Mei lalu.
Aktivis hak asasi terkenal itu memberitahu The Malaysian
Insider Bersih 2.0 akan meneruskan usaha untuk menubuhkan tribunal yang
akan diumum dalam tempoh dua ke tiga minggu ini, walaupun mendapat
kritikan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Memang benar ia tidak ditubuhkan di bawah mana-mana
undang-undang atau statut. Itulah sebabnya ia dipanggil Tribunal
Rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini.
“Ia akan menjadi satu tribunal untuk mengumpulkan bukti dan
apa yang kita ada ialah kekuatan moral untuk membuktikan penipuan yang
kita dedahkan. Itu adalah matlamat utama, mengumpul bukti,” tambah
beliau.
Pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Bersih 2.0 mengumumkan rancangan untuk menubuhkan tribunal bagi menyiasat beratus-ratus laporan penipuan yang didakwa berlaku semasa pilihan raya.
Gabungan lebih 80 badan bukan kerajaan tersebut menegaskan
faktor utama keputusan pilihan raya yang menyebelahi Barisan Nasional
(BN) adalah kerana penyelewengan, serta tidak akan mengiiktiraf
keputusan tersebut sehingga mereka mengenalpasti ke semua tuduhan
penipuan.
Selepas PRU13, BN terus mengekalkan pemerintahan mereka
sejak negara Merdeka pada 1957 tetapi dengan majoriti lebih kecil di
Parlimen.
BN mempertahankan kuasa dalam pilihan raya 5 Mei dengan
hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat 112 kerusi Parlimen
untuk menang majoriti mudah.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) enggan menerima kekalahan
tersebut, sebaliknya mempertahankannya dengan kemenangan undi popular
sebanyak 51 peratus berbanding BN 48 peratus — keputusan sama yang
diperoleh pemerintah pada 1969 selepas kehilangan undi popular.
PR juga akan memfailkan petisyen pilihan raya untuk
mencabar keputusan di dalam 27 kerusi Parlimen di mana BN menang dengan
majoriti kecil, yang didakwa mereka hasil penipuan semasa pilihan raya.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli juga telah berkata aduan
yang sama akan dibawa ke dalam “Tribunal Rakyat” Bersih 2.0, di mana
bukti yang akan dibawa PR akan dilihat dengan lebih serius berbanding
undang-undang dalam mahkamah.
Ambiga berkata kepada The Malaysian Insider semalam tribunal itu akan dipengerusikan oleh panel lima anggota, yang akan terdiri daripada individu yang mempunyai reputasi baik dan bukan ahli mana-mana parti politik ataupun daripada kumpulan Bersih 2.0 sendiri.
Beliau berkata panel tersebut akan mengeluarkan rangka
untuk mereka menjalankan siasatan, selain membuat keputusan mengenai
terma rujukan yang sesuai, sebelum memulakan sebarang sesi pendengaran.
“Kami mengharapkan beberapa jenis cadangan atau penemuan
dibuat.
Ia akan diserahkan kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk badan-badan hak asasi manusia seperti Suhakam,” katanya.
“Bagi Bersih ... peranan kita adalah hanya untuk memudahkan penubuhan tribunal. Sehubungan dengan itu, kami tidak akan terlibat. Ia mesti benar-benar bebas,” katanya.
Ia akan diserahkan kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk badan-badan hak asasi manusia seperti Suhakam,” katanya.
“Bagi Bersih ... peranan kita adalah hanya untuk memudahkan penubuhan tribunal. Sehubungan dengan itu, kami tidak akan terlibat. Ia mesti benar-benar bebas,” katanya.
Ambiga juga menjelaskan bahawa penubuhan tribunal itu
mengambil masa lama daripada yang dirancang kerana kerumitan skop
siasatan, serta pemilihan ahli-ahli panel.
“Kami asalnya mahu ia dilakukan pada bulan Jun tetapi ia
kelihatan mustahil pada ketika ini. Kami perlu mengumumkan panel itu
dalam masa dua atau tiga minggu.
“Tetapi apabila panel memulakan pendengaran mereka, ia terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan mereka,” katanya lagi.
Walaupun tedapat bantahan besar ke atas pengendalian PRU13,
SPR menegaskan mereka telah menjalankan pilihan raya secara adil dan
berjaya, serta memberikan jumlah tinggi yang keluar mengundi sebanyak
84.84 peratus sebagai bukti keyakinan terhadap sistem pilihan raya di
Malaysia.
“Kami telah berjaya menjalankan pilihan, sebanyak 85
peratus pengundi keluar... kami telah jalankan tugas dengan baik
berdasarkan jumlah keluar mengundi,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk
Wan Ahmad Wan Omar minggu lepas.
PR telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran di seluruh
negara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan PRU13,
malah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemenangan PR
telah dicuri.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.