TAIPING: Pakatan
Rakyat Negeri Perak optimis kembali mengambil alih pentadbiran negeri
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung 5 mei ini,
melihat kepada sokongan dan kebangkitan rakyat di negeri itu.
Mantan
Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sehingga
kini Pakatan Rakyat negeri itu yakin mampu menang sekurang-kurangnya 38
daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
"Dengan
kerja kuat kita sehingga hari mengundi 5 Mei nanti, Pakatan Rakyat
InsyaAllah akan dapat memenagi 38 kerusi Dun, sekaligus akan membentuk
kerjaan baru di Perak," tegasnya kepada Harakahdaily.
Nizar
yang juga calon PAS bagi Dun Changkat Jering berkata, jika berjaya
mendapat jumlah 38 kerusi itu, ianya merupakan satu kemenangan yang
selesa berbanding 2008 lalu.
"Kali
ini saya berkeyakinan tidak ada yang melompat parti, kita telah
perhalusi setiap calon dan mereka telah membuat akujanji tidak akan
melompat parti," ujar beliau.
Menurut beliau sambutan rakyat terhadap calon Pakatan Rakyat di seluruh Perak amat memberangsangkan, malah diluar jangkaan.
Beliau
tidak menolak kemungkinan sokongan tersebut akibat rasa marah yang
berterusan terhadap tindakan BN berhubung isu rampasan kuasa 2009 lalu.
Selain
itu, sokongan tersebut juga berikutan penerimaan masyarakat terhadap
manifesto Pakatan Rakyat telah dilancarkan baru-baru ini yang antara
lain menawarkan 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri itu.
Nizar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.