Maklumat terbaru sampai ke tangan saya tepat jam 7.47 malam tadi.
Pengirim emel yang enggan namanya disiarkan memberitahu gerakan untuk
menewaskan calon Barisan Nasional (BN) DUN Ayer Hitam, Mukhriz Mahathir
sedang giat dirancang rapi beberapa pemimpin Umno Kedah sendiri.
Enggan memberitahu siapakah mereka yang menjadi
dalang di sebalik gerakan tersebut, dia juga memberitahu satu mesyuarat
rahsia peringkat negeri dihadiri beberapa pemimpin Umno yang tidak suka
kepada Mukhriz akan dibuat dalam masa terdekat.
Apabila team Jalan Pulang membalas emel berkenaan bertanyakan butiran
lanjut serta di mana pertemuan itu diadakan, balasan dari si pengirim
ini setakat ini belum dapat diterima.
Antara tulisan pengirim emel tersebut yang boleh disiarkan adalah seperti berikut:
"Salam tuan punya blog Jalan Pulang. Saya ingin memberitahu sesuatu
maklumat penting berkenaan calon Dun Ayer Hitam yang juga anak Mahathir.
Dalam pengetahuan saya, beberapa pemimpin UMNO negeri Kedah termasuk
ketua bahagian yang tidak sebulu dengan Muhkriz dipercayai akan membuat
satu mesyuarat tergempar bagaimana mahu menewaskannya di duntersebut.
Sebagaimana yang kita tahu, dun Ayer Hitam ini merupakan kubu kuat Pas
tetapi nama Mukhriz yang sepatutnya berada di dun Kuah telah dipindahkan
di saat akhir semasa bapanya, bekas perdana menteri yang kita
kasihi,Mahathir sedang berada di London menziarahi mendiang bekas pm
Tatcher.
Saya merayu supaya tuan dapat melakukan sesuatu keranamaklumat yang
sampai ke tangan saya akan memastikan Mukhriz dimalukan bagi memberi
pengajaran kepada Mahathir supayanjangan mencampuri urusan Umno.
Kalau tuan hendak tahu, UMNO Kedah kini bermasalah kerana ada dua kem
iaitu Mukhriz dan Mat Bashah yang memang menjadi pengikut setia PM kita
Najib Tun Razak.
Saya panjangkan maklumat ini kepada tuan agar dapat melakukan sesuatu sebelum terlambat.
Saya akui semua maklumat yang saya berikan adalah benar setakat
pengetahuan saya sebagai ahli UMNO yang sayangkan Mahathir kerana dia
adalah idola saya.
Saya harap nama saya tidak disiarkan sebagai keselamatan kerana maklumat ini rahsia dan hanya diketahui beberapa orang saja.
Sekian, wassalam.
Yang benar, ahlI UMNO Anak Bukit."
- Received : cheannst@gmail.com 23 April 2013 19:47
Dari emel di atas, ada beberapa maklumat yang mengesahkan spekulasi sebelum ini:
1) Mukhriz memang akan diletakkan sama ada di DUN Kota Siputeh atau DUN
Kuah dan bukannya DUN Ayer Hitam. Ini bermaksud pemimpin Umno sendiri
yang mengkehendaki Mukhriz dimatikan kariernya secara senyap.
2) Senarai nama yang diumumkan Najib memang bukan dari cadangan
Mahathir. Nama mereka diumum ketika Mahathir ke London selama tiga hari
mewakili Malaysia ke upacara pengkebumian bekas perdana menteri Britain,
Margaret Tahtcher.
3) Mat Bashah atau nama sebenarnya Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan bos
Umno negeri tetapi Muhkriz merupakan timbalannya di Kedah.
Calon DUN
Bakar Bata ini diketahui tidak mahu Muhkriz menang di DUN Ayer Hitam dan
sebab itulah namanya diletakkan di kubu kuat PAS bagi memudahkan
Mukhriz dipancung, bukan setakat pengundi tidak mengundinya tetapi Umno
sendiri akan memastikan dia kalah.
4) Sekiranya kalah, ini bermakna peluang Ahmad Bashah untuk menjadi
menteri besar cerah kerana Muhkriz sudah tiada tempat dalam barisan
kepimpinan Umno negeri, itu pun jika Umno dapat merampas semula negeri
ini.
Bekas pengerusi MARA, Tamrin Ghaffar juga seakan mengetahui situasi sulit yang dialami Muhkriz dan Mahathir sendiri.
Disebabkan itu, Tamrin menjangkakan banyak kerusi parlimen yang
dimenangi BN sebelum ini akan kecundang ke tangan Pakatan Rakyat.
Beliau turut meramalkan tindakan BN yang memindahkan Mukhriz Mahathir
daripada Parlimen Jerlun ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer
Hitam sebenarnya ingin membunuh karier politik anak BEKAS Perdana
Menteri itu.
“Sepatutnya kerusi yang selamat untuk Mukhriz adalah DUN Kuah di
Langkawi kerana ada sentimen Mahathir yang telah membangunkan Langkawi.
“Kawasan Jitra (Kayu Hitam) itu kawasan kuat PAS. Dua PRU yang lalu PAS menang.
“Memang ada unsur cubaan nak pekena dia sebab ada kumpulan lain yang nak jadi Menteri Besar juga,” katanya.
Dalam sidang media bersama bekas menteri besar Selangor, Muhammad Muhd
Taib di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Tamrin juga menyeru supaya ahli
Umno keluar dan menyertai Pakatan Rakyat kerana Umno sudah tidak boleh
diharapkan untuk membela nasib orang Melayu dan agama Islam.
Secara peribadi, saya masih lagi menanti balasan pengirim emel yang hanya menyatakan namanya sebagai "ahli UMNO Anak Bukit" itu.
~jalan pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.