Setelah Presiden PAS mengumumkan calon untuk kerusi Parlimen P125
Putrajaya ialah Datuk Husam Musa, keretakan Umno Bahagian Putrajaya
semakin parah. Bukan sahaja dengan ketokohan yang ada pada Husam, tetapi
Umno Putrajaya sendiri mengalami pertembungan yang cukup kuat sejak 2
tahun yang lepas.
Sejak akhir tahun 2011 lagi, peringkat akar umbi mula berbicara soal tampuk kepimpinan Tengku Adnan (gambar) di Putrajaya. Ia berikutan cakap-cakap umum khususnya pengundi di Putrajaya berkenaan keperibadian yang ada pada Tengku Adnan (Ku Nan).

Kita juga turut melahirkan kekesalan berhubung rekod saham judi yang dipegang oleh Ku Nan melalui syarikatnya Cimsec Nominees sebanyak 3.5 Juta dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto.
Ini juga termasuklah cadangan jahil yang dilontarkan oleh Ku Nan kepada kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menambah tempoh masa operasi Pusat hiburan hingga jam 5 pagi.
Sampai masanya untuk Ku Nan berundur. ~tranungkite
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.