Followers

Monday, April 15, 2013

Rafizi : Kritikan Umno-BN Terhadap Manifesto PR Tidak Tepat - By Hafizan Taib

 
Rafizi SAM
PETALNG JAYA, 15 APRIL : Kritikan Umno-BN bahawa manifesto Pakatan Rakyat akan membankrapkan negara dan menyebabkan defisit melambung hingga ke 13.2 peratus adalah tidak tepat dan berdasarkan perbelanjaan Kerajaan Umno-BN yang boros dan tiris.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kritikan Umno-BN dibuat berasaskan unjuran amalan perbelanjaan mengurus Umno-BN yang mencecah RM 202 billion setiap tahun.

Rafizi berkata unjuran Umno-BN itu tidak mengambil kira dua strategi PR bagi menjimatkan wang dan dan mendapat nilai terbaik dalam perbelanjaan iaitu :

* menghentikan perbelanjaan melebihi belanjawan diluluskan setiap tahun yang kini mencecah RM20 bilion setiap tahun.

* menghentikan ketirisan dan rasuah dengan sasaran menjimatkan 10 peratus dari perbelanjaan yang dianggarkan bernilai RM 250 bilion. Ini akan menjimatkan RM 25 bilion untuk membiayai program manifesto.

Rafizi berkata, tuduhan Umno-BN bahawa perbelanjaan akan mencecahkan hingga RM 270 bilion setahun apabila program manifesto PR dilaksanakan tidak boleh diterima sama sekali.

Angka tersebut dicapai berdasarkan cara perbelanjaan Umno-BN yang penuh keborosan dengan belanja mengurus setinggi RM 202 bilion setiap tahun.

Rafizi berkata ia tidak mengambil kira penjimatan yang akan dilakukan PR semasa ia mentadbir Putrajaya.

“Kegagalan Umno-BN mengambil kira sasaran penjimatan ini menunjukkan bahawa analisa kewangan Umno-BN yang digunakan untuk membidas Manifesto PR adalah tidak tepat, menyeleweng dan berniat jahat,” katanya.

Adalah jelas, tegasnya, bahawa kritikan terhadap manifesto PR oleh Perdana pemipin Umno-BN menggunakan angka yang menakutkan rakyat.

“Selepas ini saya akan membentangkan lebih banyak kepincangan analisa kewangan yang digunakan Umno-BN termasuk perbandingan kos program Manifesto PR yang dibuat Umno-BN,” ujarnya.


Selangorku

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.