Sudah terang lagi bersuluh, kenyataan terbuka pemimpin Umno nombor satu
dalam negeri Perak menggambarkan apa yang sebenarnya sedang berlaku di
seluruh negeri ini.
Jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang, begitulah perumpamaan
paling tepat bagi menjelaskan maksud di sebalik kenyataan BEKAS menteri
besar HARAM, Zambry Abdul Kadir semalam.
Dalam satu wawancara dengan sebuah portal pro-Pakatan Rakyat, Zambry
seakan mengiku jejak langkah bosnya, Najib Razak yang menjamin proses
peralihan kuasa akan berlaku secara aman sekiranya Pakatan Rakyat
kembali berkuasa di negeri ini.
Walaupun sedikit kenyataan tidak bertanggungjawab Zambry semasa
wawancara itu diadakan, namun kedudukan Perak sebagai sebuah negeri yang
masih terkesan dengan rampasan kuasa, kebetulan didalangi Najib
sendiri, ia sudah cukup membuatkan rakyat di negeri ini sudah tidak
sabar-sabar untuk menerima kembali Pakatan Rakyat berkuasa di bangunan
Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh dalam tempoh dua minggu lagi.
Ternyata ada benarnya kata-kata Zambry apabila ditanya tentang bagaimana
kesan rampasan kuasa mempengaruhi sokongan Umno dan Barisan Nasional
(BN) di negeri ini.
Daripada sejumlah 59 kerusi DUN, Pakatan Rakyat mensasarkan
sekurang-kurangnya memperolehi 33 kerusi bagi mendapat majoriti mudah
seterusnya kembali berkuasa setelah disingkirkan melalui rampasan kuasa
yang begitu menjijikkan.
Tambah Zambry, Pakatan Rakyat juga seharusnya bertenang semasa proses
peralihan kuasa dilakukan dan dia memberi amaran jangan ada lagi insiden
serupa yang dialami oleh pakatan itu ketika memilih siapa yang layak
menjadi menteri besar.
Tetapi Zambry silap kerana bekas menteri besar yang sah, Nizar
Jamaluddin yang kini bertanding di DUN Changkat Jering sudah sebulat
suara akan dilantik ke jawatan itu, maka Zambry tak payahlah sibuk
mencampuri urusan Pakatan Rakyat kerana dalam BN sendiri pun sudah
banyak masalah.
Bermula dengan kejutan oleh bekas naib ketua wanita Umno, Kamilia
Ibrahim bertanding di parlimen Kuala Kangsar seterusnya keluar dari Umno
serta-merta, semalam insiden membabitkan BEKAS Exco nya sendiri,
Hamidah Osman turut mencalar imej Zambry sebagai ketua Umno negeri.
Diibaratkan Umno kali ini masuk gelanggang pilihanraya dalam keadaan
serba pincang di sana sini dan hanya mengharapkan jentera pergerakan
pemuda dan puteri parti itu untuk menjalankan kempen kerana jentera
wanita yang menjadi tulang belakang sudah berkerat rotan berpatah arang.
Hujah Zambry yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat akan mencetuskan huru
hara sangat tidak bertanggungjawab kerana sejarah sudah membuktikan
Umno lah yang takut kehilangan kuasa seperti yang berlaku di Kuala
Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang hingga tercetus insiden
berdarah 13 Mei 1969.
Padahal ketika krisis politik di negeri itu, Pakatan Rakyat hanya
mengadakan demonstrasi di hadapan Istana Iskandariah di Bukit Chandan
kerana merasakan tindakan tiga ADUN yang berpaling tadah masih belum
dimuktamadkan, sama ada dari mahkamah atau kenyataan Peguam Negara,
Abdul Gani Patail.
Walaupun Najib berjaya merasuah ketiga-tiga ADUN tersebut namun ia
membuktikan betapa jahatnya strategi Najib yang ketika itu timbalan
perdana menteri sanggup mencemar proses demokrasi dengan menggunakan
wang taikun yang rapat dengan pemimpin Umno hingga dikatakan mencecah
jumlah keseluruhan RM45 juta.
Zambry seharusnya berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana walaupun
hanya sempat memerintah 11 bulan namun pelbagai program untuk rakyat
masih diteruskannya kerana ia relevan dengan kehendak dan keperluan
rakyat negeri ini.
Jangan cuba menunding jari kepada Pakatan Rakyat atas kekecohan yamg
berlaku tetapi halakanlah jari kamu terhadap Najib yang menjadi punca
segala-galanya hingga menyebabk negeri ini ditertawakan seluruh dunia
kerana mempunyai dua kerajaan dalam satu masa.
Jika Nizar pula sekali lagi menggantikan Zambry, ia merupakan satu
sejarah baru dalam politik negeri ini malah negara kerana dilantik
sebanyak dua kali dalam tempoh cuma empat tahun 11 bulan.
Nyata Zambry seakan sudah mengakui Pakatan Rakyat akan kembali
meneruskan pentadbiran di negeri ini dan 24 kerusi parlimen di negeri
ini pun belum tentu semuanya dapat dirampas Zambry dan pasukan barunya.
Dengan memegang kata-kata Zambry ini di kediaman menteri besar semalam,
adalah diharapkan dia boleh mengotakan janjinya dan tidak mengarahkan
penyokongnya mencetuskan huru hara mirip tragedi 13 Mei yang boleh
menggugat keselamatan negara.
Sesungguhnya Pakatan Rakyat amat mengharapkan Zambry tidak lagi
memungkiri janji yang dilafazkannya sendiri, bukan setakat semasa
diwawancara malah di hadapan penyokongnya sendiri.
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.