Terkini, perdana menteri sedang mengadakan mesyuarat mingguan kabinet
seperti biasa di Pejabat Perdana Menteri menurut sumber memetik pegawai
jabatan tersebut.
Jam 11.30 pagi nanti, satu pengumuman khas yang akan disiarkan secara
langsung ke seluruh negara oleh perdana menteri TERAKHIR dari Barisan
Nasional (BN), Najib Altantuya akan dibuat, dipercayai bagi mengumumkan
perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan parlimen ke-12.
Bagaimanapun, TV3 dengan secara 'tidak sengaja' telah mengeluarkan satu
mesej di Twitter yang menyatakan bahawa Najib Altantuya akan mengadakan
siaran langsung pembubaran parlimen jam 11 pagi.
@buletintv3: Pengumuman pembubaran parlimen sebentar lagi. Saksikan live #GE13 #PRU13
Pagi tadi, Najib Altantuya sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku
Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara jam 8.25 pagi dan keluar jam
9.10 pagi.
Wartawan dari seluruh dunia termasuk CNN dan BBC sudah menunggu
bersama-sama wartawan asing lain bagi membuat liputan terkini sebentar
lagi.
Sementara itu, khabar kurang baik menjelang pengumuman pembubaran
parlimen apabila indeks Bursa Malaysia menjunam 1.79 peratus atau lebih
22 mata kepada 1,662.29 setakat jam 10.45 pagi tadi.
Ini menandakan pelabur asing sudah mula menarik keluar pelaburan mereka
dan menjauhi pasaran saham tempatan dan memindahkannya ke Singapura dan
Hong Kong, reaksi negatif terhadap pembubaran yang bakal diumumkan.
Dalam pada itu, Ketua Pembangkang yang juga BAKAL Perdana Menteri, Anwar
Ibrahim dalam satu mesej di akaun Facebooknya seakan menyindir Najib
Altantuya dengan mengatakan Pakatan Rakyat sudah lama bersedia untuk
menghadapi BN!
BUBAR! BUBAR! BUBAR!
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.