Followers

Monday, April 22, 2013

Muafakat Membawa Berkat !! - Umno Pasti "Meroyan" Dengan Berita Panass Ini..

 
PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.
 
PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS.

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN.

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan hari ini.

Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat.

JuRaGan : Inilah kehebatan pimpinan dalam PR..boleh bertolak ansur dan muafakat dalam menentukan hala tuju pakatan rakyat..
 
Kehebatan Pas ialah kepimpinan ualamak yang tidak mulah melatah..
 
Kini umno terkapai-kapai macam orang dah nak mampousss apabila ramai dikalangan pimpinannya menjadi calon bebas dan melawan taukeh...
 
Bolehkah mereka seatle mcm PR..jangan harap la beb..sebab mereka menyembah nafsu itu sebab apa benda pun dalan Umno tak boleh seatel..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.