Pendaftar
Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh
perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, maka Setiausaha Agung DAP tidak
mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang
surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket dalam
PRU13.
DAP pula
berwaspada dengan janji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk
menggunakan simbol DAP iaitu roket ketika SPR mempunyai rekod buruk
dalam mematuhi janjinya sendiri. Kemungkinan ini juga adalah tipu
muslihat BN @ UMNO.
Oleh itu
DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang esok kepada Pendaftar
Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan
DAP tidak sah.
Jika
gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP akan bertanding di atas tiket
PAS di Semenanjung dan di atas tiket PKR di Sabah dan Sarawak.
Keputusan ini dicapai DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mereka malam tadi.
Petang semalam DAP menerima surat dari ROS menyatakan kepimpinan DAP yang ada tidak diiktiraf oleh mereka.
MAMPUSLAH ENGKAU BN @ UMNO...
NAK PERKENAKAN DAP...
APA DAH JADI!!!
........
Karpal, Kit Siang tanding atas tiket Pas
Oleh RUZY ADILA IDRIS
SHAH
ALAM - Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihatnya, Lim Kit Siang akan
bertanding atas tiket Pas berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS)
tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih
Disember lalu.
Kesal
dengan keputusan itu, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, pengumuman
mengenai keputusan itu hanya dibuat 48 jam sebelum hari penamaan calon
Sabtu ini.
"Selepas
ini tidak ada sesiapa lagi boleh mendakwa sama ada Pas ataupun PKR
dipergunakan oleh DAP lagi kerana DAP akan masuk Pas.
"Saudara
boleh panggil saya ustazah selepas ini," katanya ketika berucap pada
Majlis Pengumuan Calon dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat (PR), di
sini, sebentar tadi.
Semalam,
RoS memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru CEC
parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam
penjadualan (tabulation) undi.
Berikutan
itu, RoS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan
sehingga siasatan selesai dan satu salinan surat RoS kepada DAP telah
dihantar kepada SPR.
Bagaimanapun,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan DAP boleh menggunakan
lambangnya pada pilihan raya umum kali ini kerana siasatan RoS itu tidak
akan memberi kesan kepada parti itu dalam meletakkan calon mereka untuk
bertanding pada PRU13.
Dalam
perkembangan berkaitan, Kok menambah, berikutan keputusan itu, beberapa
pimpinanan DAP tidak dapat hadir pada malam ini kerana masih
bermesyuarat dengan dengan pihak peguam untuk membincangkan mengenai
langkah undang-undang yang boleh diambil.
Menurut
beliau, DAP telah mengadakan mesyuarat khas bersama CEC parti itu untuk
menentukan keputusan seterusnya berhubung isu ini.
Beliau
yang juga Pengerusi DAP Selangor juga menambah, implikasi daripada
keputusan ini, DAP tidak mempunyai pilihan lain daripada tetap terus
bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas tiket Pas.
"DAP tidak ada pilihan lagi kerana sudah tidak boleh bertanding atas tiket roket.
"Namun,
di pihak DAP kami tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada Pas dan
PKR kerana sentiasa memberikan sokongan," katanya lagi.
DAP putuskan guna logo PAS, PKR dalam PRU
3:38PM Apr 19 2013
Pengerusi
DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding
menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan
Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.
Katanya,
keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir
yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan
balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu
daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.
"Ekoran
itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah
lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya
ketika dihubungi.
Setiausaha
Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan
menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.
Karpal
sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum
jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk
mencabar keputusan ROS itu.
Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.
Tindakan
itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri
Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk
bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.
"Saya
telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di
semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai
"bersejarah" untuk PAS
/malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.