Seorang lagi tokoh masyarakat mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS
hari ini sebagai penyataan sokongan kepada Pakatan Rakyat menuju
Putrajaya.Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir.
Ismail bin Samion, adalah bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan
Nasional (UPNN) menyerahkan borang permohonannya kepada Setiausaha Agung
PAS Datuk Mustafa Ali.
Turut serta di majlis yang diadakan di Pusat
Media PAS itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mahfuz ketika mengalu-alukan kemasukan Ismail,
berkata lonjakan ini akan memberi ruang kepada mana-mana bekas tentera
untuk tampil berani bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat.
"Bukan sahaja
bekas tentera, malah anggota tentera yang masih berkhidmat pun perlu
bersama-sama berani membuat perubahan.
Sehubungan itu, saya menyeru yang
lain, khususnya TUDM untuk menjejaki langkah Datuk Ismail ini," kata
beliau kepada wartawan.
Mustafa pula menyifatkan kemasukan Ismail itu merupakan satu gambaran
kesedaran yang menyeluruh di kalangan rakyat yang mahukan
perubahan.
"Saya melihat kemasukan daripada kalangan bekas pegawai
kerajaan, sama ada tentera ataupun sivil, ia satu gambaran kesedaran
yang menyeluruh untuk membuat perubahan," kata beliau.
Beliau juga berharap dengan kemasukan Ismail ini akan memperkemaskan
lagi jentera kempen Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah.
Dilahirkan di
Kuala Nerang, Kedah pada 23 Nov 1951, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir.
Ismail Bin Samion (TUDM) merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK
dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980.
Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun
sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),
Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib
Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM).
Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di
skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik
ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan).
Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum
dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.Apabila Akademi dinaik
taraf kepada Universiti Pertahanan, pada tahun 2006, beliau telah
dilantik sebagai Naib Canselor pertama. Beliau merupakan jurutera
pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA.
Selain
daripada itu, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting lain
di dalam berbagai sektor industri dan kejuruteraan Malaysia.Beliau juga
sangat aktif dalam menyokong aktiviti-aktiviti Industri Pembinaan dalam
sebagai seorang penilai panel (2005 hingga 2010).
Beliau juga merupakan salah seorang daripada perintis bagi Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam menilai dan mencadangkan
penerima anugerah The CEO of the Year dan The Prominent Award.
Beliau
pernah mewakili Institusi Jurutera (IEM) di dalam Lembaga Panel
Tatatertib, Peguambela & Peguamcara (2010 hingga 2012) dan juga
sebagai ahli PEMUDAH Selangor (2010 hingga 2012).Mempunyai seorang
isteri, Datin Khalijah Hashim dan dikurniakan 4 orang cahayamata.
Ayah beliau, Samion bin Mohamad, adalah salah seorang bekas anggota
tentera yang terkorban ketika Kedah diserang komunis pada tahun 1954.
Ibu beliau bernama Aminah bt Ishak.
Penyertaannya ke dalam PAS hari ini
melambangkan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dengan dengan baik
dan mendapat sokongan dari teknokrat negara. ~harakahdaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.