Followers

Monday, April 22, 2013

"... KAPAK INI SAHAJA, AKU DI SOAL MUNGKAR DAN NANGKIR SELAMA 40 HARI..."

Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI ISNIN 22 APRIL 2013:
KISAH TELADAN: PEMOTONG KAYU DENGAN MUNKAR NAKIR

SEORANG JUTAWAN YANG SEDANG SAKIT TENAT, telah menulis satu wasiat, barang siapa yg mendapat MENJAGANYA DI DALAM KUBUR SELAMA 40 HARI setelah beliau mati nanti, akan di warisi separuh dari harta peninggalannya itu... Kuburnya akan dibina menyerupai sebuah bilik mewah yang besar, yang lengkap berhawa dingin, dengan peralatan makan minum, dan lain2, untuk selama 40 hari... Mula sekali ditawarkan kepada anak2, dan kaum keluarga serta adik beradiknya... Namun tiada yang sanggup....  

Akhirnya, setelah dimaklum secara meluas,  SEORANG PEMOTONG KAYU YANG MISKIN, memberikan kesanggupannya...  TIDAK LAMA SELEPAS ITU, JUTAWAN ITUPUN MENINGGAL DUNIA.... Lalu di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut.... si pemotong kayu itu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya... SETELAH TUJUH LANGKAH PARA HADIRIN meninggalkan tanah perkuburan, maka datanglah MUNKAR DAN NAKIR ke dalam kubur tersebut...  Si pemotong kayu yang menyedari akan siapa yang hadir itu, lalu menjauhkan diri... terfikir di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal oleh Munkar dan Nakir... 

TETAPI SEBALIKNYA YANG BERLAKU... Munkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.. “Apa yang kau buat di sini?”... “Aku menjaga mayat ini selama 40 hari, untuk mendapat upah setengah harta peninggalannya”...  “Apa harta yang kau ada sekarang?”.. “Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki”...  “DARI MANA KAU DAPAT KAPAK INI?..”..  “Aku membelinya..”.. Lalu hilanglah Munkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut...  Hari kedua di tanya pula, “APA YANG KAU BUAT DENGAN KAPAK NI?”.. “Aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual.”.... Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut... “Pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ini.?”.. “Kat hutan, mana ada orang punya pokok?”.... Lalu hilang lagi Munkar dan Nakir... Hari ke empat, “Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini, ukurannya dan beratnya sama untuk di jual.?”.. “Aku potong lebih kurang sahaja, mana boleh ukur sama rata.”..  Lalu hilang Munkar dan Nakir tersebut...

SELAMA 39 HARI, dan soalannya tetap sama berkisarkan tentang kapak tersebut... Dan di hari terakhir ke 40, datanglah Munkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan tukang kapak tersebut...  Berkata Munkar dan Nakir, “Hari ini hari terakhir aku bersama mu buat seketika, tapi aku akan bertanya pasal kapak ini..”.. Belum sempat Munkar dan Nakir menyoal beliau, si pemotong kayu tersebut bingkas lari ke atas dan membuka pintu kubur tersebut....  Lalu di perhatikannya, ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut...  Si pemotong kayu tersebut dengan tergesa-gesa keluar, dan sambil berkata: 

“Ambillah korang semua harta tersebut, dan aku tidak menginginkannya lagi.... SEDANGKAN KAPAK INI SAHAJA, AKU DI SOAL MUNGKAR DAN NANGKIR SELAMA 40 HARI, APA AKAN JADI SEKIRANYA HARTA AKU BEGITU BANYAK... BAGAIMANA DAPAT AKU MENJAWABNYA... “....

Bismillaa hir rohma nir rohim

SANTAPAN ROHANI - PAGI ISNIN 22 APRIL 2013:
KISAH TELADAN: PEMOTONG KAYU DENGAN MUNKAR NAKIR


SEORANG JUTAWAN YANG SEDANG SAKIT TENAT, telah menulis satu wasiat, barang siapa yg mendapat MENJAGANYA DI DALAM KUBUR SELAMA 40 HARI setelah beliau mati nanti, akan di warisi separuh dari harta peninggalannya itu... 
 
Kuburnya akan dibina menyerupai sebuah bilik mewah yang besar, yang lengkap berhawa dingin, dengan peralatan makan minum, dan lain2, untuk selama 40 hari... 
 
Mula sekali ditawarkan kepada anak2, dan kaum keluarga serta adik beradiknya... Namun tiada yang sanggup....

Akhirnya, setelah dimaklum secara meluas, SEORANG PEMOTONG KAYU YANG MISKIN, memberikan kesanggupannya... 
 
TIDAK LAMA SELEPAS ITU, JUTAWAN ITUPUN MENINGGAL DUNIA.... Lalu di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut.... 
 
Si pemotong kayu itu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya... SETELAH TUJUH LANGKAH PARA HADIRIN meninggalkan tanah perkuburan, maka datanglah MUNKAR DAN NAKIR ke dalam kubur tersebut... 
 
Si pemotong kayu yang menyedari akan siapa yang hadir itu, lalu menjauhkan diri... terfikir di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal oleh Munkar dan Nakir...

TETAPI SEBALIKNYA YANG BERLAKU... Munkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.. “Apa yang kau buat di sini?”... 
 
“Aku menjaga mayat ini selama 40 hari, untuk mendapat upah setengah harta peninggalannya”... “Apa harta yang kau ada sekarang?”.. “Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki”... 
 
“DARI MANA KAU DAPAT KAPAK INI?..”.. “Aku membelinya..”.. Lalu hilanglah Munkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut... Hari kedua di tanya pula, “APA YANG KAU BUAT DENGAN KAPAK NI?”.. 
 
“Aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jual.”.... Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut... 
 
“Pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ini.?”.. “Kat hutan, mana ada orang punya pokok?”.... 
 
Lalu hilang lagi Munkar dan Nakir... Hari ke empat, “Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini, ukurannya dan beratnya sama untuk di jual.?”.. 
 
“Aku potong lebih kurang sahaja, mana boleh ukur sama rata.”.. Lalu hilang Munkar dan Nakir tersebut...

SELAMA 39 HARI, dan soalannya tetap sama berkisarkan tentang kapak tersebut... Dan di hari terakhir ke 40, datanglah Munkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan tukang kapak tersebut... 
 
Berkata Munkar dan Nakir, “Hari ini hari terakhir aku bersama mu buat seketika, tapi aku akan bertanya pasal kapak ini..”.. 
 
Belum sempat Munkar dan Nakir menyoal beliau, si pemotong kayu tersebut bingkas lari ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.... 
 
Lalu di perhatikannya, ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut... 
 
Si pemotong kayu tersebut dengan tergesa-gesa keluar, dan sambil berkata:

“Ambillah korang semua harta tersebut, dan aku tidak menginginkannya lagi.... 
 
SEDANGKAN KAPAK INI SAHAJA, AKU DI SOAL MUNGKAR DAN NANGKIR SELAMA 40 HARI, APA AKAN JADI SEKIRANYA HARTA AKU BEGITU BANYAK... BAGAIMANA DAPAT AKU MENJAWABNYA... “....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.