Followers

Wednesday, April 24, 2013

Jangkaan Keputusan PRU13 Lembah Pantai : Raja Nong Chik Atau Nurul Izzah Anwar?

Keputusan PRU13 Parlimen Lembah Pantai 2013 : Nurul Izzah Anwar (PKR) VS Raja Nong Chik (UMNO)?

Keputusan PRU13 Lembah Pantai : Kerusi Parlimen Lembah Pantai merupakan di antara kerusi-kerusi panas dalam PRU13 dimana, berlaku pertembungan “dua musuh” utama dalam politik, iaitu Nurul Izzah dan Raja Nong Chik.

Tidak boleh tidak, penduduk Lembah Pantai akan menentukan siapa sebenarnya yang layak untuk menjadi wakil kepada rakyat Lembah Pantai. Samada Nurul Izzah ataupun Raja Nong Chik. Yang mana satu?

Keputusan PRU12 2008 VS Pertandingan 3 Penjuru PRU13 2013 (P121 Lembah Pantai)

keputusan pru13 lembah pantai
 
Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap keputusan Pilihanraya PRU12 (Pilihanraya Umum yang ke 12) tahun 2008 lalu, kemenangan yang berpihak kepada Nurul Izzah di kawasan Parlimen Lembah Pantai sehingga menewaskan Shahrizat Jalil dengan majoriti yang agak besar, iaitu 2,895 undi adalah sesuatu yang mengejutkan. Siapa sangka bukan?

Kalau mengikut suasana politik ketika itu, tidak banyak isu yang diketengahkan. Samada baik daripada sebelah Shahrizat Jalil mahupun Nurul Izzah. Shahrizat Jalil yang juga sebagai Menteri Pembangunan Wanita dipaparkan di media arus perdana seorang wakil rakyat dan menteri yang sering turun padang membantu kawasannya melalui hebahan di media arus perdana.

Namun berdasarkan aspirasi yang ditunjukkan oleh Nurul Izzah, penduduk Lembah Pantai akhirnya tetap memilih Nurul Izzah, untuk menjadi wakil buat suara penduduk Lembah Pantai di Parlimen.

Pilihanraya Parlimen Lembah Pantai
 
Berbanding untuk PRU13 3013 kali ini,  suasana politik sudah ja..uhhhh berbeza. Dalam masa 5 tahun ini, macam-macam yang telah berlaku seperti……………….. sehingga Shahrizat Jalil sudah dijangka untuk tidak dipilih lagi sebagai calon Parlimen Lembah Pantai kali ini. Kematangan rata-rata pengundi di Malaysia umumnya dan penduduk Lembah Pantai amnya juga telah jauh berbeza kalau hendak dibandingkan dengan pengundi-pengundi 5 tahun dulu.

Lawan Nurul Izzah untuk PRU13 ini bukan lawan sembarangan. Raja Nong Chik merupakan di antara “orang lama” di Lembah Pantai dan cerita mengenai pelbagai karektor dan pencapaian Raja Nong Chik kepada penduduk Lembah Pantai, sering dikeluarkan dan dihebahkan di arus media perdana.

“Setiap gerak kerjanya mendapat perhatian media arus perdana”

Pencapaian Raja Nong Chik di Parlimen Lembah Pantai?

keputusan pru13 lembah pantai
Sebaliknya berbanding Nurul Izzah, cerita-cerita mengenainya lebih berkisarkan isu-isu moral seperti kes video Nurul Izzah (KLIK SINI), yang masih belum dipastikan kesahihannya. Hanya khabar angin.

Namun, bukan bermakna kurangnya berita mengenai Nurul Izzah, bermakna beliau tidak membuat kerja yang sebetulnya. Dan tidak bermakna, lambakan berita dan pencapaian Raja Nong Chik terhadap penduduk Lembah Pantai menunjukkan Raja Nong Chik adalah wira sebenar penduduk Lembah Pantai.

Video Raja Nong Chik (UMNO) VS Nurul Izzah Anwar (PKR) di Dewan Rakyat

Pertembungan Nurul Izzah Anwar bukan sahaja di kawasan Lembah Pantai sahaja, tetapi juga berlangsung cukup panas ketika masing-masing membawa dan mempertahankan suara rakyat di Dewan Rakyat. Hasilnya seperti video di bawah ini…

Tetapi, kematangan politik di kalangan pengundi di Malaysia semakin meningkat. Mereka sekarang semakin kritis dan analitikal dalam menilai sesuatu karakter.


Kami ingin bertanya kepada anda, khususnya kepada penduduk Lembah Pantai, siapakah yang lebih layak untuk membawa suara anda ke Parlimen menjelang Keputusan PRU13 Parlimen Lembah Pantai? Raja Nong Chik atau Nurul Izzah?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.