SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor sudah mengenal pasti empat calon yang bakal mengisi kerusi menteri besar sekiranya parti itu berjaya mengembalikan kuasanya di Selangor.
Timbalan Pengerusi Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin
Mohamed bagaimana berkata, senarai ke empat-empat calon itu enggan
didedahkan demi kebaikan dan kepentingan semua pihak.
Menurutnya, dengan senarai calon yang diumumkan, semua pihak mungkin
sudah boleh meneka siapa bakal memegang jawatan tersebut dengan melihat
kepada semua aspek.
“Kita senarai pendekkan empat daripada calon yang diumumkan tadi (semalam) adalah menteri besar. Kita mencari seorang menteri besar berketerampilan dan dinamik, berkelayakan, berpengalaman, boleh menguruskan organisasi. “Kita letak calon ini supaya dia boleh menang di kawasan dia, kita tidak mahu sebut secara spesifik sebab kita tidak nak mereka menghadapi tekanan,” katanya dalam sidang media selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan calon BN Selangor yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini semalam. Mohd Zin juga tidak memberikan maklumat terperinci ketika ditanya pemberita sama ada calon menteri besar yang disenarai pendek itu melibatkan muka baru atau lama. Mengulas mengenai calon yang terpilih katanya, ia membuktikan bahawa BN tidak kering untuk mengetengahkan calon yang dinamik dan trampil. Katanya, senarai calon yang diumumkan Mohd Najib itu sudah membolehkan BN membentuk kerajaan di Selangor. Malah katanya, calon ‘come back’ juga dipilih berdasarkan prestasi kerja dan khidmat bakti di kawasan masing-masing walaupun tidak diberikan jawatan penting. “Ini merupakan calon pasukan transformasi. Proses hendak mengenal pasti calon bukan boleh dibuat dalam waktu singkat, ia melalui bermacam-macam proses. Ini pasukan terbaik untuk Selangor. Saya yakin rakyat akan terima pasukan transformasi ini,” katanya. -sinarharian

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2013/04/ini-dia-muka-muka-mb-selangor-jika-umno.html#ixzz2QhDLLWtS
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.