Followers

Tuesday, April 23, 2013

DOSA-DOSA UMNO kepada orang MELAYU sepanjang 55tahun memerintah Malaysia - Pemimpin Melayu Haprak !!!!


Umno khianati Melayu

1] Sebanyak 22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung. Seluas 5,000 ekar di Bruas. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar untuk Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR).

2] Seluas 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana digadai oleh pemimpin Umno kepada YTL!) Ini tanah rizab Melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

3] Pemimpin Umno menjual 10 peratus saham Sime Darby kepada pelabur negara China. Dasar Umnoputera, bukan bumiputera menyebabkan orang Melayu ketinggalan terkebelakang seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah, DatoĆ­ Zainal Osman iaitu Cina 0.6 peratus; India 2.9 peratus; Melayu 8.3 peratus.

4] Merompak royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu.

5] Persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dengan tidak menambah kawasan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

6] Aset Unit Penyertaan Bumiputera mengucup daripada RM52 bilion pada tahun 1984 kepada RM2 bilion pada tahun 2005.

7] Syarikat Bernas (Syarikat Padi Beras Negara) dijual kepada syarikat Hong Kong Wan Tak Co. Ltd sebanyak 31.36 peratus.

8] Melesap wang Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak RM32 juta, menterinya Dato’ Haji Anuar Musa daripada Umno.

9] Umno khianat dalam membela pendidikan orang Melayu kerana mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003.

10] Kerajaan pimpinan Umno telah mengurangkan peruntukan kepada MARA RM374,537 juta sahaja bagi tahun 2010 berbanding RM883,785 juta pada 2009 (kurang RM509,248 juta), untuk IKM peruntukan bagi tahun 2010 hanya RM143 juta berbanding RM403 juta bagi tahun 2009 (kurang RM 260 juta).

11] Sebanyak 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti.

12] Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

13] Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.

14] Sebanyak 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

15] Seluas 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu diserah kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan.

16] Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

17] Tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun oleh orang tempatan telah diberi kepada syarikat bukan-bumiputera 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia).

18] Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan).

19] Seluas 273 ekar tanah yang diduduki oleh 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega di Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur. Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

20] Tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44 peratus tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2 peratus setahun.

21] Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada Cina Singapura.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.