Tiga calon telah disahkan bertanding bagi Kerusi DUN Seberang Jaya (N10) pada pilihanraya umum ke 13 ini.
Ketiga-tiga
mereka ialah Dr. Afif Bahardin Naib Ketua AMK Pulau Pinang, Datuk
Mohammad Nasir Abdullah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dan
juga Calon Bebas Shamsut Tabrej Bin G.M Ismail Maricar seorang Ahli UMNO
yang juga merupakan Pesuruhjaya Sumpah di Seberang Jaya.
Bagaimanapun Shamsut Tabrej hari
ini telah dipecat dari UMNO oleh Najib bersama seorang lagi calon Bebas
di Permatang Pauh yang bertanding diperingkat Parlimen iaitu Dr.
Zawawi.
Mereka adalah dua dari 61orang
Pemimpin UMNO yang bertanding sebagai Calon Bebas menentang Barisan
Nasional dan Pakatan Rakyat.. senarai nama mereka sila lihat di ( SINI )
Ahad lalu, Pasar dan juga Medan
Selera Seberang Jaya telah menyaksikan pertembungan antara dua calon
yang bertanding bagi Kerusi DUN tersebut, dimana calon dari PKR dan BN
telah melakukan kunjungan ke pasar itu.
Calon PKR, Dr. Afif 28 yang
merupakan bekas Pegawai Perubatan di Hospital Pulau Pinang, Negeri Pulau
Pinang yang kemudiannya bertukar ke Hospital Sungai Buloh sebagai
Pegawai Perubatan di Jabatan Otorinolaringologi, Pembedahan Kepala dan
Leher, sebelum itu telah mengagihkan Air Mineral percuma di Tempat Jogging Taman Tunku.
Kemudiannya beliau meneruskan gerakkerja kempen dengan melawat ke Pasar Basah Seberang Jaya, seterusnya kempen beliau diteruskan dengan menyerahkan apron kepada peniaga-peniaga di situ
Mungkin kerana sering melibatkan diri dalam banyak program anjuran AMK Permatang Pauh di Seberang Jaya, kehadiran beliau kelihatan disenangi oleh berbagai lapisan masyarakat peniaga disitu..
Kumpulan yang mengiringi Dr. Afif telah bertembung dengan Kumpulan yang mengiringi Calon UMNO Datuk Mohammad Nasir.
Bagaimanapun tiada insiden yang
tidak diingini dilaporkan berlaku cuma disini Calon UMNO memperlihatkan
sikap sombongnya seperti yang dinyatakan oleh ramai Ahli UMNO sendiri
dengan tidak mahu bersalam dengan calon PKR..
Mungkin title 'Datuk' yang dimilikinya menjadikan beliau sombong..
Setelah selesai program Dr. Afif di medan Selera tersebut beliau dan kumpulannya meninggalkan Medan Selera tersebut..
Dan Datuk Mohammad Nasir serta kumpulannya meneruskan kempen mereka dari Medan Selera itu menuju ke Pasar Basah pula..
Satu insiden yang memalukan
telah menimpa Calon UMNO/BN bagi kerusi DUN Seberang Jaya (N10) di pasar
basah Seberang Jaya, pagi itu..
Dimana beliau telah di 'Booo' oleh peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar tersebut..
Menurut beberapa peniaga..
"Sebelum Nasir ini dilantik menjadi Calon.. jumpa orang pun tak mahu
senyum, sekarang dah jadi calon baru terhegeh-hegeh nak senyum.."
"Rumah dia bukan jauhpun dari
sini.. pasal apa sebelum ini dia tak boleh nak luangkan masa berjumpa
kami?.. dah nak mengundi baru ingat kami.. belahlaaa..."
Malah ada yang mengatakan " Aku
penyokong UMNO.. kalau Ariff Shah bertanding aku akan undi UMNO/BN..
kalau Datuk ni.. kirim salam la..."
"Ariff Shah dulu ADUN.. dia tu
(Datuk Nasir) baru Timbalan Ketua UMNO Bahagian.. tu pun menyombong nak
mampuih.." tambah seorang lagi peniaga.
Insiden yang telah berlaku itu
membuktikan calon pilihan Najib untuk DUN tersebut yang sebelum ini
disandang oleh UMNO/BN sememangnya tidak disukai oleh kebanyakkan
masyarakat di situ dan ianya telah disuarakan oleh peniaga-peniaga di
pasar tersebut...
Jadi.. buat semua penduduk
Sebarang Jaya.. UNDILAH CALON PKR!!.. Jangan biarkan manusia yang
sombong dari UMNO itu menjadi Wakil Rakyat anda...
~anak sungai derhaka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.