Zar Ali III
KUANTAN, 18 April — Barisan Nasional (BN) Pahang membuat pertukaran
dalam senarai calon pilihan raya umum ke-13 dengan menampilkan dua muka
baharu dan seorang calon yang diumumkan Selasa lepas berpindah
bertanding di kerusi Parlimen.
Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata tiga pertukaran calon itu melibatkan kerusi Parlimen Lipis dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Padang Tengku dan Bebar.

Beliau berkata proses
penggantian itu dilakukan setelah mendengar pandangan banyak pihak
termasuk di peringkat akar umbi dan beliau menegaskan proses itu
merupakan perkara biasa.
“Keputusan ini diambil setelah kita mengambil kira pandangan ramai orang, tempoh pengumuman dan hari penamaan calon agak panjang jaraknya dan tempoh agak baik sebab beri ruang untuk kita betulkan keadaan,” katanya kepada pemberita sebelum mengadakan perjumpaan tertutup bersama calon-calon BN Pahang di Kompleks Yayasan Pahang di sini, hari ini.
Penyandang DUN Padang Tengku, Datuk Abdul Rahman Mohamad akan bertanding di kerusi Parlimen Lipis, menggantikan calon sebelum ini, Datuk Shahrom Osman yang juga penyandang kerusi berkenaan.
Manakala tempat Abdul Rahman di DUN Padang Tengku digantikan dengan Pegawai Khas kepada MB Pahang, Datuk Mustapa Long.
Penyandang DUN Peramu Jaya yang sebelum ini yang dinamakan sebagai calon untuk DUN Bebar, Ibrahim Awang Ismail digantikan dengan muka baharu, ahli jawatankuasa Bahagian Umno Pekan, Mohd Fakhruddin Mohd Arif.
Adnan berkata pertukaran hari ini selepas penyampaian watikah Selasa lepas, bukan disebabkan bantahan pihak-pihak tertentu.
“Ini bukan kerana protes, kalau protes kenapa di DUN Luit misalnya, kekal dengan Ketua Pergerakan Puteri Umno Maran, Nurhidayah Shahaimi (muka baharu),” katanya.
Ditanya sama ada kedua-dua calon yang digugurkan itu sebenarnya menarik diri, Adnan berkata perkara itu tidak timbul.
“Ini kita gantikan, soal tarik diri tak timbul, di Pahang tiada calon yang tarik diri setakat ini.
“Kedua-dua bekas calon ini menerimanya dengan hati terbuka, saya ucapkan terima kasih terhadap perkhidmatan mereka sebelum ini,” katanya.
Menjawab soalan sama ada keputusan pada hari ini adalah muktamad dan tiada lagi pertukaran atau penggantian kerusi selepas ini, Adnan berkata:
“Muktamad atau tidak, selagi belum hari penamaan calon, kita tak boleh katakan ia muktamad ke
tak”. — Bernama
The Malaysia Insider.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.