Tajol Rosli |
Bagaimanapun segala persoalan itu terjawab apabila terdapat pengesahan daripada beberapa pihak yang mengatakan bekas MB yang akan menyertai PAS adalah Muhammad Taib, bekas MB Selangor.
Walaupun pengumuman itu belum rasmi, namun ia sekadar menantikan pengesahannya sahaja daripada PAS. Boleh dikatakan 99.9% beritu adalah sahih.
Namun disebalik menantikan pengumuman Mat Taib, sebenarnya khabar berkaitan MB UMNO yang akan menyertai PAS itu masih belum reda. Dalam erti kata lain, bukan Mat Taib yang Nizar maksudkan.
Malah ada maklumat daripada dalam UMNO sendiri yang menyampaikan akan ada seorang bekas MB akan menyertai PAS, dan seorang lagi bakal menyertai PKR. Wah berapa ramai bekas MB UMNO yang akan keluar parti!.
Ramli Ngah Talib
|
Individu yang dimaksudkan ialah Tajol Rosli (bekas MB ke-9 Perak) yang
dikatakan akan menyertai PAS dan Ramli Ngah Talib (bekas MB ke-8 Perak)
akan menyertai PKR.
Walaupun maklumat ini sukar dipercayai, namun spekulasi ini tidak boleh
ditolak. Terutama di saat musim pilihanraya seperti ini. Sama juga
seperti maklumat awal yang mengatakan Mat Taib akan PAS, siapa sangka
Mat Taib akan masuk PAS!.
Sama-sama kita nantikan sama ada berita ini sama ada benar ataupun
sekadar acah-acah pilihanraya yang sering berlaku terutama untuk
mendapatkan tempat sebagai calon.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.