Followers

Monday, March 11, 2013

Zahid Hamidi enggan layan dakwaan Rafizi - Abdul Rahim Sabri

 
     
    Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi enggan melayan dakwaan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bahawa Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah menerima imbuhan lain menerusi urusniaga penjualan tanah yang didakwa diperolehi oleh ketua Wanita Umno Selangor itu.

    Katanya, Rafizi sepatutnya berhadapan dengan samannya di mahkamah dahulu sebelum menimbulkan perkara lain.

    "Jumpa saya di mahkamah dulu, bayar RM10juta dulu, baru boleh pandai cakap yang lain," kata Zahid dengan nada tegas.

    Beliau ditanya mengenai dakwaan Rafizi bahawa Raja Ropiaah memperolehi lebih banyak "durian runtuh" tambahan menerusi urusniaga penjualan tanah yang didakwa tidak didedahkan kepada Bursa Malaysia.

    Rafizi pada 20 Februari lalu mendakwa, imbuhan berkenaan merupakan tambahan kepada bayaran RM130 juta oleh syarikat Boustead Holding Bhd kepada syarikat Awan Megah Sdn Bhd yang dimiliki Raja Ropiaah itu.

    Menurut Rafizi dakwaan itu adalah berdasarkan penelitiannya terhadap dokumen satu syarikat yang dinamakannya sebagai Bakti Wira Sdn Bhd dengan dokumen syarikat Awan Megah Sdn Bhd dan juga dokumen syarikat Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki saudagar permaidani, Deepak Jaikishan.

    Sementara itu Ahmad Zahid dalam ucapannya hari ini berkata beliau akan mengumumkan untuk dividen tertinggi daripada LTAT esok.

    Beliau yang juga ahli parlimen Bagan Datoh berkata pengumuman itu akan dibuat di kementeriannya pagi esok.

    Ahmad Zahid berkata demikian sebelum upacara memecah tanah untuk pembinaan asrama LTAT di Universiti Islam Antarabangsa, hari ini.


    Malaysiakini

    No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.