Followers

Thursday, March 14, 2013

Wajib bagi umat Islam undi PAS.. - Ustaz Azhar Idrus

Penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus secara terus terang menyatakan mengundi PAS adalah wajib bagi umat Islam kerana parti itu mahu melaksanakan pemerintahan Islam sebagaimana dikehendaki oleh Allah.

Menjawap satu soalan dalam kuliah Maghribnya di Markas Darul Ansar Chempaka Lanchang, beliau membandingkan memilih parti Islam samalah memilih kumpulan yang mahu melakukan dan begitulah sebaliknya.

“Satu kumpulan nak buat pondok pengajian Islam manakala satu kumpulan lagi nak buat tempat judi, jadi kita nak sokong yang mana? Sebagai seorang muslim tentulah kita sokong orang yang nak kembangkan agama.

“Begitu jugalah dengan politik dan pilihan raya... kita pilihlah parti yang mahu menegakkan Islam iaitu amar makruf nahi mungkar dan haram hukumnya sokong orang nak buat tempat judi atas luluskan lesen arak.

“Sebab itu dalam hal memilih pemerintah Islam ini tidak ada istilah pengundi atas pagar sebab akhirnya melibatkan hukum Islam yang kita kena buat keputusan menyokong Islam atau menolak Islam,” katanya menjawap soalan bertulis daripada ‘atas pagar’.

Ustz Azhar yang dikatakan menjadi idola sangat popular generasi muda masa kini, berkata demikian di hadapan kira-kira 5,000 pendengar kuliahnya yang pertama kali diadakan di sini.

Dalam kuliahnya sebelum itu beliau berceramah mengenai peristiwa Israk dan Mikraj yang dilalui oleh baginda Nabi Muhammad pada malam 27 Rajab.-http://www.utaranews.com/

---------------------------------------------------------------------------------------
“Apabila perkara (urusan) diserahkan kepada selain ahlinya, maka nantikanlah kiamat/kehancuran.” [HR Bukhari]

“Allah akan melindungi negara yang menegakkan keadilan meskipun ia KAFIR, dan Allah tidak akan melindungi negara yang zalim (tiran) walaupun ia MUSLIM,” Ali ibn Abi Thalib.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.